CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Terengganu] Putri Balqis, Muhammad Fikri patut kahwin Disember ini

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:12 PM | Show all posts |Read mode

Siti Aisyah Eiyi, 39 kelihatan sayu selepas kakaknya, Azizah salah seorang mangsa yang meninggal dunia selepas dihanyutkan dalam kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih ketika ditemui di Balai Polis Air Putih. FOTO GHAZALI KORI

Chukai: Kedua-dua mangsa tragedi fenomena kepala air di Jeram Air Putih berhampiran Kampung Teladas, Kemaman, Putri Balqis, 18, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, sepatutnya melangsungkan perkahwinan Disember ini.

Ibu saudara Putri Balqis, Siti Aisyah Eiyi, 39, berkata, kedua-dua mereka sudah melangsungkan pertunangan pada Mac lalu.

"Kehadiran Muhammad Fikri adalah untuk beraya dan berkenalan dengan keluarga kami.

"Saya sangat sedih dan tidak sangka Muhammad Fikri serta kakak saya, Azizah sekeluarga meninggal dalam tragedi itu," katanya.

Siti Aisyah berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Azizah ketika kakaknya itu sekeluarga datang beraya di rumahnya di Felda Lepar Hilir 2, Gambang.

"Azizah dan suaminya (Karim Abdullah) memang gemar membawa ahli keluarganya bercuti dan berkelah.

"Anak Azizah, Muhammad Zulqarnain biasanya jarang mengikut Azizah bercuti atau keluar dari rumah kerana lebih gemar berada di rumah. Tapi kali ini Muhammad Zulqarnain terpaksa mengikut Azizah bercuti di situ," katanya.

Katanya, kakaknya itu bukan saja mengajak dia sekeluarga malah lima lagi adik beradik dan ibunya, Halimah Kasim, 60, untuk berkelah bersama di tempat kejadian.

"Ketika itu saya rasa berat hati tambahan pula suami, Mahadi Mahidin, 46, mempunyai tugas lain, saya akhirnya menolak ajakan Azizah.

"Saya tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku sehingga menyebabkan Azizah sekeluarga dan bakal menantunya itu dihanyutkan," katanya.

Siti Aisyah berkata, dia tidak dapat bayangkan sekiranya dia dan adik beradiknya mengikuti perkelahan itu, besar kemungkinan mereka juga akan turut sama terbabit insiden itu.

"Keluarga kami sangat sedih terhadap kejadian yang menimpa kakak sekeluarga.

"Bukan satu dua orang yang terbabit malah semua ahli keluarga Azizah diambil pergi namun saya tetap reda dengan apa yang berlaku," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kahwin-disember-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.216013 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list