CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Johor] Laporan warga emas maut makan ikan buntal sudah diserah kepada pihak pendakwaan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 05:16 PM | Show all posts |Read mode

IKAN buntal goreng yang beracun. FOTO arkib NSTP

Batu Pahat: Laporan berhubung kejadian suami isteri, Eng Kuai Sin @ Ng Chuan Sing, 84, dan Lim Siew Guan, 83, yang meninggal dunia selepas makan ikan buntal goreng sudah disiap dan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan terhadap pihak berkaitan yang terbabit dalam peristiwa itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak pendakwaan berhubung tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya berharap pendakwaan meneruskan tindakan termasuk mendakwa mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

"Cuma di sini saya hendak jelaskan, terdapat kekangan disebabkan kedua-dua akta iaitu Akta Makanan 1983 dan Akta Ikan (Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), kedua-dua akta ini ada sedikit kekeliruan.

"Sekarang ini wujud kekeliruan sama ada ia terletak bawah kuasa Jabatan Perikanan atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan," katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Ayer Hitam di sini, hari ini.

Justeru, Tian Soon berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan termasuk dengan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, supaya KKM menjadi 'lead agency' dalam kes seperti ini.

"Ini membolehkan KKM menambah baik akta terbabit dan kementerian juga mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Langkah ini membolehkan peranan penguatkuasaan lebih jelas, siapa patut ambil tindakan jika perkara ini berulang," katanya.

Hari ini, keluarga pasangan warga emas terbabit mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab.

Mereka turut mendakwa dinafikan hak untuk mendapatkan laporan toksikologi berkaitan kematian warga emas terbabit pada Mac dan April lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iserah-kepada-pihak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 1.391289 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list