CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 210|Reply: 0

[Johor] Perhilitan ambil tindakan!

[Copy link]
Post time 4-7-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK di Jalan Gunung 38, Bandar Seri Alam berdepan masalah kacau ganggu monyet liar yang menyelongkar tong sampah.

Johor Bahru: Pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Johor akan mengambil tindakan berterusan berhubung masalah kehadiran monyet liar, di kawasan perumahan Jalan Gunung 38, Bandar Seri Alam dekat Pasir Gudang.

Pengarahnya, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya maklum berhubung perkara itu dan sudah mengambil tindakan beberapa kali sebelum ini berdasarkan aduan diterima.

Katanya, Perhilitan sudah menangkap beberapa monyet liar dari taman berkenaan beberapa tahun lalu.

"Sebelum ini berdasarkan aduan yang pernah dibuat penduduk, Perhilitan meletakkan sangkar perangkap untuk menangkap monyet liar di perumahan itu.

"Namun kejadian berulang kerana penempatan itu berdekatan dengan belukar yang menjadi antara kawasan tempat tinggal mereka.

"Kita akan ambil tindakan berterusan bagi membantu penduduk di kawasan itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, Harian Metro melaporkan penduduk di Jalan Gunung 38, Bandar Seri Alam berdepan masalah kacau ganggu monyet liar yang menyelongkar tong sampah sehingga menyebabkan persekitaran kotor ketidakselesaan kepada penduduk.

Masalah itu sudah berlarutan sejak tujuh tahun lalu biarpun Perhilitan sudah memasang perangkap.

Lebih menakutkan penduduk, monyet liar ini juga agak agresif apabila ada penduduk pernah dikejar ketika berada di hadapan rumah.

Sementara itu, Unit aduan Bahagian korporat dan perhubungan awam Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memaklumkan pihaknya menerima aduan akhir berhubung perkara itu Januari lalu.

"Dimaklumkan kerja menghalau monyet liar adalah di bawah Perhilitan. Sehubungan itu pihak kami sudah memanjangkan aduan berkenaan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

"Kita menasihati orang awam yang masih mempunyai masalah sama untuk terus menghubungi Perhilitan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... itan-ambil-tindakan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.518868 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list