CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 228|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Selepas 12 tengah malam, ada yang tak kena di jejantas itu'

[Copy link]
Post time 9-7-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan jejantas di hadapan Kemas Sri Gading terbiar dan usang hingga menimbulkan suasana seram. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Jejantas berdekatan sebuah kolej kemahiran dan pejabat Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Sri Gading yang jarang digunakan bukan saja kelihatan tidak terurus malah dikaitkan dengan kisah seram.

Jejantas yang dibina sejak belasan tahun lalu pada awalnya bertujuan memudahkan murid Tabika Kemas serta pelajar kolej menyeberang ke Parit Jelutong, dikatakan 'berhantu' menyebabkan ramai tidak berani melaluinya terutama pada waktu malam.

Nampak seakan-akan sukar dipercayai tetapi beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas berhampiran jejantas itu mengakui mereka kerap kali mendengar suara seperti orang sedang berbual serta jeritan wanita, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman dilalui, Penyelia Rela, G Subramanian yang bertugas di pondok pengawal Kemas sejak empat tahun lalu pernah melalui peristiwa menyeramkan.

Bukan dia saja malah lima lagi rakan sekerja turut merasai situasi sama apabila kerap diganggu ketika berehat dalam kereta atau pondok pengawal.

"Pada mulanya, kami tidak ambil peduli mengenai jejantas ini tapi apabila ada perkara tidak dijangka berlaku, membuat kami lebih waspada.

"Selepas jam 12 tengah malam akan ada sesuatu yang tidak kena. Daripada apa yang saya dengar rakan yang mengalaminya, mereka tidak boleh tidur jika menghadap jejantas itu.

"Ia seolah-olah pantang larang kerana jika tidak mengubah posisi, sama ada tidur diganggu ataupun ada seseorang datang menarik kaki dan sebagainya," katanya ketika ditemui.

Katanya, minggu lalu, dia bersama rakan terdengar suara wanita menjerit dan pada mulanya menyangka ada pergaduhan namun apabila diperiksa, ia tidak seorang pun di atas jejantas itu.

Bukan itu saja, katanya, mereka juga pernah ternampak kelibat 'dua beranak' berjalan-jalan dari jejantas menuju ke bangunan Kemas.

"Kita tahu itu tempat 'permainan' mereka. Jadi, biarlah asalkan jangan ganggu mereka," katanya.

Sementara itu, penduduk, Zayadi Mohd Hanafiah, 59, berkata, dia mengakui jejantas itu sunyi terutama waktu malam kerana tidak mempunyai lampu.

Menurutnya, walaupun jarang menggunakan jejantas itu, dia mengetahui kawasan itu kurang menjadi tumpuan disebabkan kedudukannya.

"Bila waktu malam, tiada lampu menyala, malah tiada sesiapa lalu di situ. Kalau siang, saya ada juga nampak pelajar pergi sekolah tapi tak ramai, kadang-kadang penduduk kampung berdekatan pun tak guna jejantas itu.

"Soal seram atau tidak saya tidak berani mengatakan tapi saya rasa mereka yang berada di sekitarnya pasti mempunyai cerita tersendiri.

"Keadaan jejantas itu terbiar kerana pembinaannya tidak strategik, sepatutnya bukan di situ (dibina), tapi di kawasan kilang atau masjid tidak jauh dari ini. Itulah lokasi yang paling sesuai, barulah kita boleh lihat orang setiap lalu melalui," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ena-di-jejantas-itu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 2.250399 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list