CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kes cekik adik, dua pelajar senior didakwa buli disiasat

[Copy link]
Post time 9-7-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Alor Gajah: Polis membuka kertas siasatan terhadap dakwaan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dibuli pelajar seniornya di sebuah sekolah, di sini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kedua-dua pelajar lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai terbabit dalam insiden itu sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

"Keterangan sudah diambil dan polis sedang lengkapkan kertas siasatan sebelum merujuknya kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati di Bukit Piatu, Khamis lalu, didakwa berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan ketika itu, hanya remaja terbabit bersama mangsa yang juga adiknya berusia sembilan tahun berada di rumah.

Bapa remaja terbabit berkata, sikap anak sulungnya yang bersekolah di Alor Gajah itu mula berubah selepas dibuli pelajar senior di asramanya.

Dakwanya, anaknya itu dibuli sejak tingkatan satu tetapi hanya mendiamkan diri sehinggalah berlarutan ke tahun ini dan semakin teruk sebelum mula mengadu kepadanya dan isteri.

Anaknya kini direman tujuh hari hingga 12 Julai ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dakwa-buli-disiasat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.221688 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list