CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 359|Reply: 1

[Pahang] Puteri Merapoh lebih sedap, pencabar utama Black Thorn

[Copy link]
Post time 9-7-2023 04:27 PM | Show all posts |Read mode

Lut (kanan) dan Ahmad (tengah) menunjukkan durian Puteri Merapoh di Kampung Kubang Rusa Merapoh di Lipis baru-baru ini.

LIPIS – Black Thorn yang dianggap sebagai buah durian paling dicari rakyat Malaysia kini mempunyai pencabar baharu dan turut mendapat permintaan luar biasa daripada orang ramai.

Dikenali sebagai Puteri Merapoh, durian keluaran Lipis itu diakui keenakkannya dalam kala­ngan peminat raja buah di negara ini sehingga ada yang membuat tempahan sejak dua tahun lalu.

Menariknya, hanya terdapat sebatang pokok Puteri Merapoh yang kini mengeluarkan hasil sehingga buahnya menjadi rebutan.

Pekebun durian Lut Yusuf, 41, berkata, disebabkan permintaan yang amat tinggi, mereka hanya mengehadkan jualan maksimum dua biji untuk seorang.

“Pada masa ini hanya ada satu pokok induk berusia 40 tahun yang berbuah kira-kira 150 biji. Sekarang ini siapa yang hendak makan kena tempah terlebih dahulu dan ada senarai tempahan telah dibuat sejak dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di Kampung Kubang Rusa Merapoh di sini baru-baru ini.

Menurutnya, pada masa ini buah durian berkenaan dijual pada harga RM35 sekilogram, sesuai dengan kualiti dan rasanya.

Katanya, dengan warna kulit hijau dan berat purata lebih sekilo­gram sebiji, Puteri Merapoh sememangnya kelihatan menarik dengan isi berwarna oren.

“Rasa buah ini ada manis, pahit dan aroma yang sangat wangi membuatkan Puteri Merapoh menjadi rebutan orang ramai khususnya penggemar durian dari seluruh negara.

“Sebenarnya isinya yang berwarna oren cukup menarik de­ngan kedut, tekstur yang agak lembut seperti sedang memakan aiskrim,” katanya.

Katanya, pada masa ini usaha membiakkan baka durian ini giat dilakukan dan dia telah membuat cantuman serta telah menanam kira-kira 20 pokok durian di kebunnya.

Seorang peraih dan penggemar durian, Ahmad Mustapha, 45, pula berkata, keenakan rasa durian Puteri Merapoh sememangnya terbaik dan mampu memberi kepuasan kepada penggemar raja buah.

“Bagi saya kalau makan Black Thorn kemudian makan Pu­teri Merapoh, hilang rasa Black Thorn kerana Puteri Merapoh mempunyai rasa yang amat sedap dan sempurna rasanya iaitu manis, pahit, lemak dan aroma yang wangi,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... -utama-black-thorn/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 11:44 AM | Show all posts
adoiiii sedap2nya nama durian sekarang
rasa mesti mantap ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.223375 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list