CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 221|Reply: 0

[Kelantan] Peniaga wanita terlepas hukuman gantung

[Copy link]
Post time 11-7-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

Miss Rusneeda dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan dadah. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Kota Bharu: Seorang peniaga wanita warganegara Thailand dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas dakwaan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine pada 2018.

Hakim Datuk Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Miss Rusneeda Beraheng, 41.

Roslan dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan kereta dan dadah.

"Elemen pengedaran dadah secara automatik gagal kerana elemen milikan kereta tidak berjaya dibuktikan.

"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Justeru, tertuduh dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri," katanya.

Pihak pendakwaan mengemukakan lapan saksi terdiri daripada pegawai penyiasat, pegawai polis dan ahli kimia yang dipanggil sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aida Fatimah Abd Jabar Abdul Rahman dan tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.

Terdahulu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kubang Juluk, Rantau Panjang, Pasir Mas jam 9 pagi, pada 4 September 2018.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pas-hukuman-gantung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.055958 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list