View: 163|Reply: 0
|
Mason mahu banggakan penyokong United
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ms_1689203728.jpg)
MASON menyerlah ketika menentang Leeds United. FOTO TEAMtalk
Oslo: Pemain tengah Manchester United Mason Mount tekad mahu membanggakan penyokong selepas tampil perlawanan pertamanya ketika menewaskan kelab Liga Kejuaraan Leeds United 2-0 dalam aksi persahabatan di Oslo awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu berpindah ke United awal bulan ini dari Chelsea dengan harga 55 juta pound (RM332 juta), menurut laporan media British.
"Ketika kami masuk ke stadium hari ini, sokongan kami terima amat mengagumkan. Mereka datang dan tunjukkan kepada kami. Ia sangat menarik dilihat," katanya kepada MUTV selepas beraksi 45 minit pertama pada perlawanan itu.
"Inilah apa yang kami perlu pamerkan dan kami mahu membanggakan mereka."
Pengurus Erik ten Hag memuji pemain pertama ditandatangani kelab itu ketika pengendali dari Belanda terbabit mahu memperkuatkan skuadnya selepas United layak ke Liga Juara-Juara.
"Oh, dia memang hebat tetapi kami sudah menjangkakannya. Dia mempunyai banyak kemahiran dan saya pasti kami akan mendapat lebih daripada itu. Mason akan menyumbang kepada prestasi kami, sudah pasti," katanya.
United memulakan kempen Liga Perdana Inggeris pada 14 Ogos dengan menentang Wolverhampton Wanderers di tempat sendiri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-penyokong-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|