CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Kelantan] Tiga beradik penyamun kena tahan

[Copy link]
Post time 19-7-2023 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Polis menahan tiga beradik selepas disyaki terbabit dengan kes samun berkumpulan menggunakan senjata kapak dan pisau kejadian di daerah ini.

Tiga beradik berusia antara 19 hingga 36 tahun itu ditahan iaitu dua daripadanya di tepi Jalan Kampung Sri Kulim, Melor di sini, 8.15 malam, dan seorang lagi di hadapan sebuah kedai telefon bimbit di Melor, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Katanya, pada 15 Julai hingga kelmarin, IPD Kota Bharu menerima tiga laporan berhubung kejadian samun kedai telefon yang berlaku di sekitar daerah ini.

"Ketiga-tiga kejadian mempunyai modus operandi sama iaitu suspek masuk ke kedai dengan bersenjatakan sebilah kapak dan pisau, lalu mengacukan ke arah pekerja sebelum mengambil wang tunai serta telefon bimbit.

"Bertindak atas maklumat dan risikan, satu operasi mengesan dan menangkap suspek dijalankan sebelum polis berjaya menahan tiga beradik itu," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan, dua daripadanya mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah. Hasil ujian saringan awal mendapati dua daripada tiga suspek, positif dadah.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dalam tiga kejadian samun bersenjatakan kapak dan pisau di premis perniagaan telefon bimbit di daerah ini sejak 15 Julai lalu.

"Turut dirampas, sebilah kapak, telefon bimbit dan topi keledar. Dengan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun berkumpulan di sekitar daerah ini.

"Mereka direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... penyamun-kena-tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.356962 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list