|
Saraswathy menunjukkan laporan polis dibuat ke atas guru besar sebuah SJKT di Jementah yang didakwa merotan anaknya sehingga cedera.
SEGAMAT – Ibu kepada murid Tahun 5 yang dirotan guru sehingga membuat laporan polis, tengah malam tadi di sini setuju dengan tindakan merotan, tetapi bukan sehingga mencederakan.
Menurut Saraswathy Arumugam, 41, pendekatan merotan murid atau pelajar yang culas hadir dan bermasalah perlu demi kepentingan untuk mendidik di awal usia.
“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan.
“Ketika itu tidak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi bezanya sekarang ini ada segelintir guru yang merotan sehingga tahap keterlaluan seolah melepaskan geram.
“Dalam situasi yang tertentu, kita kena balik pada yang asas juga. Tidak salah rotan untuk mendidik, tetapi bukan mencederakan dan mendatangkan trauma, seperti yang berlaku kepada anak saya,” katanya ketika ditemui di Bandar Jementah di sini, hari ini.
Saraswathy mengakui dia juga pernah dirotan mendiang bapanya, Arumugam Letchumanan sewaktu kecil.
“Sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak dirotan walaupun melakukan kesalahan sehingga ada yang membenci guru, boleh meruntuhkan hubungan keluarga dan pihak sekolah.
“Mendiang bapa saya dahulu sangat memihak kepada guru dan menyokong sekiranya ada guru yang merotan anaknya kerana ia dilakukan demi kebaikan,” katanya yang juga merupakan pekerja syarikat pembersihan swasta.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, seorang murid elaki Tahun Lima sebuah sekolah rendah di sini cedera di badan dan muka waktu pembelajaran semalam, selepas didakwa dirotan guru besar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... ukan-sampai-cedera/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|