View: 306|Reply: 0
|
[Terengganu]
'Saya nak kahwin tapi belum bertemu calon sesuai' - Ustaz Mad Kechik
[Copy link]
|
|
Ustaz Muhammad Abdullah atau Ustaz Mad Kechik (dua dari kanan) beramah mesra dengan mereka yang hadir di pusat pendidikan kendaliannya di Kuala Berang. NSTP/Ahmad Rabiul Zulkifli
KUALA BERANG: "Saya nak kahwin tetapi tidak bertemu calon sesuai dan serahkan urusan jodoh itu kepada ketentuan Allah," kata Ustaz Muhammad Abdullah.
Muhammad, 30, atau lebih terkenal dengan panggilan Ustaz Mad Kechik sebelum ini pernah tular dan mendapat perhatian serta bualan masyarakat kerana menyampaikan ceramah dalam keadaan bersahaja serta santai.
Malah sosok setinggi 100 sentimeter ini menjadi perhatian kerana fizikalnya namun kini dia dikenali kerana kelantangan dan kepetahannya memberikan ceramah sehingga menarik perhatian jemaah dewasa dan remaja di masjid selain menerusi laman sosial Facebook dan YouTube.
Ustaz Mad berkata, dia tidak terlalu memikirkan soal jodoh namun bersedia untuk ke alam perkahwinan sekiranya menemui perempuan yang sesuai.
"Saya tidak memilih cuma wanita yang betul-betul ikhlas menerima saya seadanya sukar ditemui.
"Sebenarnya sejak tular dan dikenali, ramai perempuan yang cuba mendekati saya tetapi semuanya seakan tidak sesuai dengan saya.
"Pernah juga cuba berkawan dengan wanita yang diperkenalkan ahli keluarga dan rakan terdekat tetapi akhirnya hanya sesuai menjadi kawan," katanya ketika ditemui di Pusat Pendidikan Islam dan Kebajikan Darul Zahraa (PPIKDZ) di sini, hari ini.
Tambahnya, dia sibuk menguruskan PPIKDZ yang ditubuhkan sejak 2019 dan kini mempunyai lebih 20 pelajar tahfiz dan 15 penuntut warga emas.
"Sebenarnya saya sibuk menguruskan PPIKDZ selain proses pembangunan PPIKDZ masih giat dijalankan.
"Undangan ceramah di masjid dan surau juga semakin banyak sehingga ada undangan yang terpaksa ditolak kerana jarak dan jadual harian yang terlalu padat.
"Oleh itu saya tidak terlalu gopoh ingin mencari jodoh walaupun sekarang sudah berusia 30 tahun kerana masih banyak urusan yang perlu diuruskan," katanya.
Menurutnya, ramai yang bertanya soal jodoh kepadanya tetapi dia tidak melatah malah hanya tersenyum dan menjadikan pertanyaan itu sebagai gurauan.
"Sudah menjadi kebiasaan orang berjumpa saya akan bertanya mengenai perkahwinan kerana mungkin mereka tidak sabar untuk melihat saya naik pelamin.
"Biasanya saya akan berseloroh dengan meminta mereka mencarikan jodoh buat saya," katanya dari Kampung Dura.
https://www.bharian.com.my/berit ... ai-ustaz-mad-kechik |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|