View: 327|Reply: 1
|
[Kelantan]
Pelajar universiti buat laporan palsu kononnya disamun lepas hilang kad pengenalan kali ketiga
[Copy link]
|
|
Seorang penuntut universiti awam ditahan reman selama dua hari di Mahkamah Majistret selepas sanggup membuat laporan palsu kononnya dia disamun berkumpulan di Jalan Tengku Mohd Maasum bagi mengelak dikenakan denda tinggi oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan kehilangan kad pengenalan buat kali ketiga. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
Kota BHARU: Seorang pelajar universiti awam sanggup membuat laporan palsu kononnya disamun berkumpulan bagi mengelak dikenakan denda tinggi oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) susulan kehilangan kad pengenalan buat kali ketiga.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata penuntut lelaki berusia 20-an membuat laporan pada 5.58 petang semalam.
Menerusi laporan itu, beliau berkata, pelajar universiti awam di Kota Bharu dan berasal dari Pasir Tumboh memaklumkan dirinya disamun berkumpulan di Jalan Tengku Mohd Maasum, di sini, jam 3.30 petang, semalam.
"Lelaki itu memberitahu, ketika sedang menunggang motosikal di satu lorong di lokasi kejadian, tiba-tiba dia didatangi dan ditahan dua motosikal yang dinaiki empat lelaki.
"Seorang dari suspek bertindak mengacukan senjata jenis pisau dan memintanya menyerahkan beg silang yang sedang digalasnya.
"Hasil siasatan mendapati dia gagal memberikan keterangan yang konsisten berkenaan kejadian. Pihak polis kemudian menjalankan soal siasat lanjut sebelum mendapati lelaki itu memberikan keterangan palsu dan kejadian yang dilaporkan adalah tidak wujud," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, penuntut berkenaan mengaku membuat keterangan dan laporan palsu untuk mengelak dari dikenakan denda yang tinggi oleh pihak JPN dengan alasan kad pengenalan miliknya hilang sebelum ini sebanyak tiga kali.
Menurut beliau, lelaki itu ditahan dan direman selama dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu serta memberikan maklumat palsu.
"Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... un-lepas-hilang-kad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
macam mane la boleh hilang sampai tiga kali tuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|