View: 1267|Reply: 0
|
[Terengganu]
8 cedera, seorang hilang, bot berlanggar di Tasik Kenyir
[Copy link]
|
|
DUA bot pelancong berlanggar di Sungai Pertang, Tasik Kenyir menyebabkan lapan mangsa cedera dan seorang hilang. FOTO Ihsan Bomba/ APM.
Hulu Terengganu: Lapan orang cedera, manakala seorang dikhuatiri lemas selepas dua bot pelancong berlanggar di Sungai Pertang, Tasik Kenyir, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Hanaffi Mohamad berkata, mangsa hilang dikenali Mohd Faisal Derahman, 42, dari Kampung Pasir Dula di sini.
Terdahulu katanya, bomba menerima panggilan kejadian pada 11.05 pagi dan pasukannya segera dikerah ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan dua bot dengan sebuah bot dinaiki tujuh orang dan sebuah lagi dua orang.
"Lapan mangsa yang selamat cedera ringan, manakala seorang hilang selepas terjatuh dari bot dan masih belum ditemui.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Terengganu, Kapten (PA) Mohd Zabri Abd Razak berkata, pihaknya memberi rawatan awal kepada mangsa terselamat dan menggunakan tiga bot termasuk milik awam untuk membawa mereka ke Pangkalan Gawi.
"Seorang wanita warga emas luka di kaki, dua wanita patah kaki kiri dan sakit dada serta seorang lagi luka ringan, selain seorang lelaki cedera di kepala," katanya yang memberitahu mangsa dirujuk ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gar-di-tasik-kenyir |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|