CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3710|Reply: 32

Penduduk Tuntut Janji Bina Semula Rumah Mat Kilau

[Copy link]
Post time 30-7-2023 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Jerantut: Perjuangan memartabatkan warisan Mat Kilau Kampung Kedondong di sini yang dilihat memuncak ketika tayangan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan didakwa semakin hilang.


Malah selepas setahun tapak rumah itu dibersihkan, kini lokasi berkenaan kembali menjadi semak samun sekali gus mendatangkan ketakutan kepada orang ramai untuk melihat tapak rumah pahlawan itu seperti sebelum ini.


Lebih mengecewakan dakwa waris dan penduduk setempat apabila usaha membina rumah pahlawan Melayu Pahang itu masih belum bermula.


MOHD. ROZI menunjukkan tapak rumah Pahlawan Melayu Pahang, Mat Kilau di Kampung Kedondong, Jerantut semalam.



Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kedondong, Mohd. Rozi Rozuki berkata, cadangan pembinaan semula rumah Mat Kilau seolah-olah lenyap dan tidak kedengaran lagi seperti mana filem yang kian dilupakan orang ramai.


“Ketika filem epik sejarah ini mula meletup pada pertengahan tahun lalu, ramai kalangan mereka yang datang ke sini termasuk wakil kerajaan negeri dan puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjanji untuk memberikan peruntukan membina semula rumah Aki Mat Kilau di pesisir Sungai Pahang dekat kampung ini.


“Tetapi sehingga kini janji tinggal janji dan saya sendiri tidak menerima apa-apa dokumen atau surat berhubung pembinaan semula rumah ini selepas sudah hampir setahun menunggu dengan penuh yakin,” katanya di sini semalam.


Menurut Mohd. Rozi, tapak asal rumah Mat Kilau kini sudah dipenuhi semak-samun dan ahli JPKK di situ tidak mampu lagi membersihkannya kerana melibatkan perbelanjaan yang tinggi.


Jelasnya, artifak rumah Aki Mat Kilau wajar diteruskan oleh kerajaan negeri di Kampung Kedondong dan sewajarnya waris yang memiliki tanah berkenaan digantikan tanah di tempat lain di sekitar Pulau Tawar.


Sementara itu, seorang penduduk, Rozi Yaakop, 56, berkata, kalangan penduduk di situ amat mengharapkan pembinaan semula rumah Mat Kilau untuk tatapan anak cucu mereka yang kebanyakan waris pahlawan Melayu Pahang itu.


“Kami pun berasa malu hendak menjelaskan apabila ditanya oleh pengunjung ke kampung ini di mana letaknya rumah Mat Kilau dan bagaimana bentuk binaannya.


“Yang kami mampu hanya membawa mereka melawat ke bekas tapak asal dan tidak tahu bagaimana seni binaannya. Kemungkinan hanya yang lebih maklum adalah pakar sejarah negeri ini,” katanya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
So kalo buat rumah, sapa nak duduk? Pocong? Hantu raya?

Mat kilau tu pun pelarian kan lari dlm hutan
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea: So kalo buat rumah, sapa nak d ...
buat muzium la sister. Mcm rumah arwah p.ramlee tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 10:50 AM | Show all posts
lanacondor replied at 30-7-2023 10:40 AM
buat muzium la sister. Mcm rumah arwah p.ramlee tu

kannn.  itu pun nak kena bagi tahu.  mcm hantu je
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dibina semula,maksudnya bukan rumah asli mat kilau kan?bentuk rumah pun tak tahu mcm mana pun kan?
Jadi,dimana sejarahnya?
Membazir je
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu kot, sbb galeri mat kilau dh ada kat pulau tawar, dkt je dgn kg kedondong tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2023 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bina pastu bagi akak duduk free2 la sistur. Bil air bil letrik bil unipy bil celcom 5g pun kerajaan negeri tolong bayarkan yach sissy. Akak ni keturunan mat kilau so akak layak duduk sis.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 30-7-2023 10:40 AM
buat muzium la sister. Mcm rumah arwah p.ramlee tu

kan....dah konsep dia 'ala2 camtu'....rmh P.Ramlee tu pon bukannya..nk bg 'Anak-ku Sazali' duduk...pon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 30-7-2023 12:33 PM
Bina pastu bagi akak duduk free2 la sistur. Bil air bil letrik bil unipy bil celcom 5g pun kerajaan  ...


ko keturunan Mat Kilau...Aku caya lg kalo M.Daud Kilau tu yg 'mengklaim'...banding sorang yg bernama...Pookey....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 30-7-2023 02:03 PM
ko keturunan Mat Kilau...Aku caya lg kalo M.Daud Kilau tu yg 'mengklaim'...banding sorang yg berna ...

Eh akak tak tipu sis. Walaupun mat kilau kalau hidup balik pasti heshe kuchewa cicit heshe gay sis. Kohkohkohkohkohkohkoh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Xyahla duit ty bg kat lsin lg baik
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer tanya soltan boksit dan kuin dengkike.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 30-7-2023 01:36 PM
pooh~key replied at 30-7-2023 08:00 AM
Eh akak tak tipu sis. Walaupun mat kilau kalau hidup balik pasti heshe kuchewa cicit heshe gay sis ...


Ntah2 heshe pun dalam lemari?

Matilah aiols dipanah petir gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 30-7-2023 10:27 AM
So kalo buat rumah, sapa nak duduk? Pocong? Hantu raya?

Mat kilau tu pun pelarian kan lari dlm hut ...


Iols org pahang pun who r yus kan je beliau nih
Raya haji aritu iols g kuala tahan so mmg lalu laa area pulau tawar tu tak singgah pun nak pi melawat muzium dia ke apa
Walhal tak jauh pun ngn umah mil dekat je sejak iols lebih mengenali siapa heols malas nk rasa kebangga ke apaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-7-2023 04:05 PM
Cer tanya soltan boksit dan kuin dengkike.

Erkk iols ada menda nak komen tp macam tak pasti boleh komen ke tak
Mcm ni, uols tau tak kenapa heols lari berpuluh tahun nyorok tukar nama bagai?
Malah  tanah melayu dah merdeka pun masih nyorok lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 10:43 PM | Show all posts
Ni kampung mek yah

Kenapa tak bina rumah untuk mek yah je

Mek yah susah kot kesian anjing2 mek yah kena duduk berhimpit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 30-7-2023 04:00 PM
Eh akak tak tipu sis. Walaupun mat kilau kalau hidup balik pasti heshe kuchewa cicit heshe gay sis ...

biar betul sis gay? kelakar la sis ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 30-7-2023 09:51 PM
Erkk iols ada menda nak komen tp macam tak pasti boleh komen ke tak
Mcm ni, uols tau tak kenapa he ...

Soltan boksit moden tak bangga dgn mat kilau?

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak suh bina rumah org yg dah takde dah kenapa?
Rakyat sendiri yg masih hidup tu pon ramai masih takde rumah sendiri. Elok duit diguna utk bina rumah rakyat yg masih hidup & ada anak2 kecik berceretek
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2023 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
X mampu kos buat ala menganjing spt signboard/iklan gambar rumah ikat hujung tali ikat 2 pokok
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.070521 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list