CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1717|Reply: 4

[Dunia] Singapura belum terima cadangan baharu HSR daripada Malaysia

[Copy link]
Post time 4-8-2023 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Singapura belum terima cadangan baharu HSR daripada Malaysia






SINGAPURA: Kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat, berkata republik itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek HSR itu.

"Singapura sedia untuk berbincang sebarang cadangan baharu bagi HSR Kuala Lumpur-Singapura daripada pihak Malaysia dengan penuh kepercayaan, dengan bermula semula daripada awal.

"Setakat ini kami belum menerima apa-apa cadangan baharu daripada Malaysia," katanya kepada Parlimen Singapura, semalam.

Memetik laporan The Straits Times, Malaysia baru-baru memulakan proses untuk menghidupkan semula projek HSR yang dibatalkan pada 2021, dengan sesi taklimat Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) pada 27 Julai lalu dihadiri 700 pihak berkepentingan dan sejumlah wakil asing.

Menurut MyHSR Corp, proses itu terbuka kepada firma tempatan dan antarabangsa, yang membolehkan kerajaan Malaysia meneliti keupayaan pihak industri untuk membiayai sepenuhnya projek berkenaan.

Menjawab soalan Saktiandi Supaat (Bishan-Toa Payoh GRC) yang bertanya sama ada terdapat perubahan pada jajaran asal HSR di Singapura jika projek itu dilaksanakan semula, Hong Tat berkata kerajaan Singapura perlu meneliti cadangan daripada pihak Malaysia terlebih dahulu.

Dalam perancangan asal, jajaran HSR itu merangkumi tujuh stesen di Malaysia, sebelum berakhir di Jurong East di Singapura.

"Kita terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk mencapai persetujuan menang-menang antara Singapura dan Malaysia," katanya.

Ditanya Louis Chua (Sengkang GRC) sama ada pihak berkuasa Singapura terbabit dalam RFI itu atau ada firma Singapura menyertai sesi RFI pada Mac lalu, Hong Tat berkata proses dikendalikan MyHSR sepenuhnya dan tidak membabitkan pihak Singapura.

Projek HSR itu ditamatkan pada Januari 2021 selepas kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan terhadap beberapa perubahan yang diusulkan Malaysia.

Kedua-dua negara bersetuju membina projek rel itu pada 2013 dan menandatangani perjanjian pembinaannya pada 2016.

Bagaimanapun pada 2018, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menangguhkan pelaksanaannya selama lebih dua tahun sehingga Disember 2020 atas alasan kos terlalu tinggi, sebelum ia dibatalkan pada 1 Januari 2021.

Pembatalan projek itu menyebabkan Malaysia perlu membayar SG$102.8 juta kepada Singapura sebagai pampasan.

Pada 11 Mei lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata pihaknya sedang meneliti kertas cadangan pelaksanaan semula Projek HSR Kuala Lumpur-Singapura membabitkan pelaburan swasta, dengan beberapa syarikat swasta menyatakan minat melaksanakan semula projek itu. - AGENSI


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... r-daripada-malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 10:49 AM | Show all posts
Malaysia darul politicking especially sekarang ni nak buat apa pun susah.

Anthony Loke tu pun boneka. Harap bangnon ja lah kot boleh bulldoze thru kasi bakul sampah syarat2 putra putri segala jadah tu. International project kot.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 11:44 AM | Show all posts
buat lagi, kansel lagi, pastu kena bayar pampasan lagi.....
sampai abg jamil mam....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 12:21 PM | Show all posts
elok2 najib bagi jadi

senang2 je dicancel oleh PN 1.0 dan PN 1.0 dengan ikhlas hati bayar denda rm250 juta

sekarang PH 2.0 hegeh2 nak sambung balik

kimK is real tuan2
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:07 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.055203 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list