View: 2445|Reply: 18
|
Tahap Kesejahteraan Hidup Merosot Jika Tiga Anak Sama Jantina
[Copy link]
|
|
Kajian mendapati penurunan ketara dalam tahap kesejahteraan hidup pasangan yang mempunyai tiga anak sama jantina.
Lapor Daily Mail, sekumpulan penyelidik dari London School of Economics and Political Science menggabungkan data membabitkan dua kajian besar dijalankan di Britain, yang antara lain menganalisis peserta sejak lahir hingga dewasa.
Peserta dikaji sekurang-kurangnya sekali setiap dekad, dengan melaporkan tahap kepuasan hidup mereka dan sama ada golongan itu mempunyai anak.
Agensi
Analisis mendedahkan bahawa kesejahteraan hidup ibu bapa merosot dengan ketara selepas melahirkan tiga orang anak yang sama jantina.
Situasi itu berbeza dengan pasangan yang mendapat anak ketiga berlainan jantina.
Pasukan penyelidik mendapati kesan itu berlanjutan selama sedekad dan didorong sepenuhnya oleh ibu yang melahirkan tiga anak perempuan.
Para penyelidik juga mendapati ibu bapa yang mempunyai dua anak sama jantina lebih berkemungkinan untuk cuba mendapatkan anak berlainan jantina, dan melakukannya dengan cepat berbanding pasangan yang sudah memiliki anak lelaki dan perempuan.
“Ibu bapa yang mempunyai dua anak sama jantina lebih cenderung mendapatkan anak ketiga dengan harapan memperoleh berlainan jantina.
“Data kami menunjukkan ramai ibu yang sudah mempunyai dua anak perempuan kecewa tidak dapat anak lelaki selepas itu, berbanding dengan ibu yang mempunyai tiga anak lelaki,” kata pengarang utama kajian, Profesor Paul Dolan.
Dolan melaporkan hasil penemuan itu dalam kajian bertajuk ‘All we want is a healthy baby – well, and one that is the opposite sex to what we have already’.
Laporan kajian itu disiarkan dalam Elsevier’s Journal of Behavioural and Experimental Economics.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
kitorg straight 3 perempuan.last br laki..pttla i selalu ber mslh..tiberrr |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz: kitorg straight 3 perempuan.last br laki..pttla i selalu ber mslh..tiberrr
kitorg 4, ok aje ahahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
i anak straight 3 pompuan..nk preggy lgi takut sbab takut pompuan lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la kot.
Utk aku yg try kali ke2 & ke3 masih jantina yg sama.
Patu org keliling dok tambah perisa aku kna branak lg sbb belom ada anak berlainan jantina.
Mmg aku lancaukn aje. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas ade sepasang anak..aku ni kalo tau la lebih elok ade ramai anak lelaki dr gegirl..gan anak lelaki ni ape mak dia ckp semua btl..Kita diam pun dia dah takut kita majuk..Sama gan jiran aku anak semua lelaki..seronok je dia jd membeso dlm itu rumah..dia tinggikan suara skt je kelam kabut anak2 dia dtg memujuk..anak gegirl ni emmm jd kawan gaduh seronok la..sbb sama2 gegirl Kan..dua2 X nak kalah...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 4-8-2023 02:00 PM
Memandai je kalau jenis yg tak reti bersyukur mmg la rasa tak gumbira
Syukurlaa masih juga ada anak yg penting sihat sejahtera sedangkan ada ramai lg org yg blm dikurniakan anak setelah sekian lama menanti.
Itu blm lagi yg diuji dgn anak2 yg sakit kronik bagai.
Kawan iols dia nk sgt anak pompuan sbb dah berderet anak lelaki tp satu2nya anak pompuan dia tu ada masalah kesihatan dan disahkan oku.
Sejak kecik ulang alik hospital jer sampai si mak pun burnt out.
Jadi tak happy juga walau dapat jantina yg dihajati tp anak tak sihat pun susah juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi: Edited by Suchi at 4-8-2023 0 ...
Setuju dengan u. Yang penting sihat. Kalau lah kita kita ni boleh pilih2 nak boy atau girl..apakan daya semua nya dgn izinNya jua. Dalam al-Quran pun ada mentioned (tak ingat surah dan ayat berapa) yang mengatakan lebih kurang Allah SWT dah tentukan siapa yang dapat anak lelaki, anak perempuan, atau kedua2nya ataupun tak dikurniakan anak langsung. Itu semua ketetapan Dia. Sebagai Muslim, kita harus bersyukur sebb ada anak (tak kisah jantina, sihat atau tidak) atau tiada anak..semua pun ujian untuk kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah PRC dasar negara satu anak kemodian dilonggar jadik 3 anak tapi sambutan sendoo tak laku" tersenyum sinisss
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak I dua perempuan I happy aje. Rasanya kalau dapat anak lelaki takla jadi best fren macam anak perempuan. Husband pun tak pernah marah anak sebab anak dia perempuan katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Twirlyhoo replied at 4-8-2023 04:42 PM
Setuju dengan u. Yang penting sihat. Kalau lah kita kita ni boleh pilih2 nak boy atau girl..apakan ...
Thanks for sharing. Betul tu, yang penting sihat. Allah swt dah tetapkan untuk kita, mesti yang terbaik. Semoga kita dapat jaga dengan baik amanah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
I bersyukur walaupun anak lelaki semua. Parents I suka la deme teringin anak lelaki, sekali dapat cucu lelaki memang dimanjakan. I pulak remain the only queen and princess gitu. Anak lelaki ke, perempuan ke, semoga kita semua dapat besarkan anak-anak kita dengan baik dan penuh bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk la jgk. Kalau mak ayah mmg xkisah, x efek pon kualiti hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Twirlyhoo replied at 4-8-2023 04:42 PM
Setuju dengan u. Yang penting sihat. Kalau lah kita kita ni boleh pilih2 nak boy atau girl..apakan ...
tp kalau buat ivf blh pilih jantina
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 4-8-2023 12:31 PM
kitorg 4, ok aje ahahahaha
haha sibling u nsb semua okk..btw sibling i yg lain ok..i jer yg plg bermslh dan memberi mslh
nsb la mak ayah i |
|
|
|
|
|
|
|
Iols anak sulung dgn no 2 lelaki. Dorg beza 2 thn. Iols amik masa 8 thn nak preggy lg. Masa tu xkisah jantina apa pun. Tp ramai la dok tny. Iols rahsiakan smpi la iols bersalin. Cuma family je tahu. Dpt juga girl. Sbnrnye masa kawen dulu impian iols mmg nak anak ppuan. Last2 mls berharap. Tp Allah bagi juga. Thn ni nak masuk 2 thn dah. Dah pandai menari pulak tu. Tiru dkt youtube. Anak ppuan mmg gini kot. Suka menari |
|
|
|
|
|
|
|
Mak mira pilzah tu semua 3 pompuan
Mak wan emir plak semua jantan berderet
Harmony jeee
Pokoknyaaa mak bapak harus keje dgn gaji yg gede’ … |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-8-2023 09:36 PM
tp kalau buat ivf blh pilih jantina
Ya betul dgn teknologi sekarang.still, dengan izin Allah SWT jua embrio tu nak menjadi ke tak/ kekal sempurna sehingga kelahiran. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-8-2023 09:36 PM
tp kalau buat ivf blh pilih jantina
Moslem tak boleh chuols..mmg kena byr extra utk kengkonon boleh pilih jantina tp kalau islam..kenott..dosa meh |
|
|
|
|
|
|
| |
|