CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3574|Reply: 5

[Tempatan] Jangan kelirukan rakyat isu kos sara hidup, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh

[Copy link]
Post time 5-8-2023 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Jangan kelirukan rakyat isu kos sara hidup

https://www.utusan.com.my/nasion ... isu-kos-sara-hidup/

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN
5 Ogos 2023, 2:13 pm


FUZIAH Salleh (empat dari kiri) membuat pengumuman harga ayam pada Program Jelajah Jualan Rahmah peringkat negeri Terengganu di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA TERENGGANU:  Parti pembangkang diingatkan tidak mengelirukan rakyat berhubung isu kenaikan kos sara hidup tanpa data dan fakta yang tepat dalam kempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, kerajaan telah berusaha melaksanakan pelbagai program untuk menangani kos sara hidup rakyat di bawah inisiatif payung Rahmah selama ini.

Menurutnya, kerajaan juga telah berjaya meredakan kadar inflasi negara kepada 2.4 peratus dalam tempoh lapan bulan.

“Begitu juga dengan Indeks Harga Pengguna (IHP), semuanya menurun. Itulah yang sebenarnya berlaku. Data dan fakta ini tidak menipu.

“KPDN juga terus memperkasakan inisiatif payung Rahmah untuk terus membantu rakyat di seluruh negara agar rakyat mendapat untung (penjimatan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui  selepas merasmikan Program Jelajah Jualan Rahmah peringkat negeri Terengganu di Kuala Ibai hari ini.

Ditanya mengenai pembangkang yang masih menjadikan kenaikan kos sara hidup sebagai isu untuk menyerang kerajaan pula, Fuziah berkata pembangkang perlu menjadi lebih bertanggungjawab dengan bercakap berdasarkan fakta.

“Saya kira pembangkang harus lebih bertanggungjawab, cakap mestilah berlandaskan fakta.

“Jangan jadi pembangkang yang setakat nak popular, raih undi. Macam kita memang bercakap ada fakta dan data (kadar inflasi dan Indeks Harga Pengguna semasa),” katanya.

Tambahnya, program Jualan Rahmah anjuran KPDN juga diadakan di seluruh negara sepanjang masa dan tidak tertumpu di enam negeri yang terlibat PRN sahaja.

“Bukan sahaja di Terengganu, tapi program ini berlangsung di seluruh negara termasuk Sarawak, Melaka dan Johor (yang tidak terlibat PRN).

“Dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk Jualan Rahmah, kita akan teruskan ke semua Parlimen dan DUN termasuk Terengganu selepas ini,” katanya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgr tu...peniaga semua....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 06:48 PM | Show all posts
Inflation rate menurun, hang quote yg tu ja, komponen len takmau sebut?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringan mulut aq nk maki hamun....ko ingat semua tempat ada ke payung rahmah bagai ni???even menu rahmah tu pon time baru2 diperkenalkan sampai dh senyap skrg ni tu haram x penah wujud kat tempat aq ni,harga barang kat pasar raya pulak makin naik je,biskut cream o vanila fav aq pon dh naik harga ko tahu x???even mamee kari laksa tu pon skrg ni dh rm 5.75 skrg,yv paling murah pon maggie gardenia je skrg rm 4.80...tu baru maggie barang2 yg lain kalo nk cite sampai malam pon x abis ko tahu x
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:22 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.105360 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list