CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7594|Reply: 2

Dipecat Selepas Dapat Autograf Messi

[Copy link]
Post time 5-8-2023 06:36 PM | Show all posts |Read mode
Miami, Florida – Seorang lelaki Colombia yang membersihkan bilik air di Stadium DRV PNK Inter Miami mendedahkan bahawa dia dipecat kerana meminta tanda tangan bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, lapor portal berita MailOnline semalam.


Cristian Salamanca bekerja untuk sebuah syarikat yang mendapat kontrak untuk membersihkan tempat untuk pelbagai acara sukan dan muzik.


Cristian Salamanca - Foto La Nacion



Namun, pada Rabu lalu dia bekerja buat kali terakhir di kelab bola sepak Inter Miami (MLS), Fort Lauderdale kerana malam itu, kelab MLS menentang Orlando City dalam Piala Liga.


“Saya terpaksa membersihkan bilik air di tempat bas diletakkan. Nasib baik, saya berada di luar ketika bas tiba dan semua pemain keluar. Yang terakhir ialah Messi.


“(Saya) menjerit kepadanya. Hei, juara dunia. Dia (Messi) menoleh untuk melihat. Saya mengangkat baju seragam saya. Saya telah menunjukkan baju pasukan Argentina dan pen.


‘Dia memberi saya autografnya. Pasukan keselamatan datang serta-merta. Mereka membawa saya keluar dan memecat saya  tetapi ia masih berbaloi setiap saat!,” katanya kepada akhbar Argentina, La Nacion.


Selepas Salamanca dipecat, dia terpaksa mendapatkan bantuan isterinya yang bekerja di dalam stadium supaya mengambil barang-barangnya. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 09:24 PM | Show all posts
aduiii ksiann jg
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:25 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.119787 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list