View: 12354|Reply: 70
|
[Tempatan]
'Kenapa tak mansuh sistem kuota Bumiputera?' Ini jawapan PM Anwar
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 5-8-2023 07:43 PM
Anwar berkata pemansuhan sistem kuota bersifat popular, dan akhirnya akan menyebabkan negara dalam kekacauan. - Gambar fail
KEPALA BATAS: Penggantian sistem kuota dengan sistem meritokrasi sepenuhnya hanya akan menyebabkan ketidakadilan kepada majoriti rakyat di negara ini, khususnya Bumiputera, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika menjawab soalan pelajar dalam sesi Temu Anwar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, hari ini, Perdana Menteri berkata, sistem kuota tidak menafikan peluang untuk bangsa lain kerana rayuan masih boleh dilakukan jika mereka benar-benar layak.
“Janganlah nak batalkan sistem kuota kerana ia akan menimbulkan turmoil (kekacauan) dalam negara ini. Kalau ada anak India atau anak Cina yang berasakan mereka tidak dilayan dengan adil (kerana sistem kuota Bumiputera), boleh buat rayuan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memberi pertimbangan.
"... anda bercakap tentang soal meritokrasi, tetapi anda tidak tahu ada sekolah yang cukup daif... tempat orang-orang miskin belajar. Anda tak faham ada orang nak makan pun tak cukup, nak pergi sekolah... tetapi anda nak suruh (mereka) bersaing (melalui meritokrasi).
“Saya datang dari MCKK (Kolej Melayu Kuala Kangsar), saya tak boleh mengadu sebab sekolah ini antara yang terbaik.
Tapi sebagai Perdana Menteri saya bukan nak lindungi MCKK, saya nak lindungi semua.
"... dan kita ubah. Saya kata kalau sekolah itu daif, saya tak peduli... KPM (Kementerian Pendidikan) tolong semua. Sebab itu sekarang memang dah ada perubahan," katanya
Dalam sesi tersebut, seorang pelajar meluahkan rasa tidak puas hati kerana sistem kuota didakwa menyebabkan ahli keluarganya yang cemerlang dalam pelajaran tidak mendapat tempat dalam institusi pendidikan awam biarpun melalui pengambilan kedua.
Pelajar tersebut mendakwa, terdapat pelajar yang kurang berkelayakan, tetapi lebih mudah diterima dalam institusi tersebut semata-mata kerana mereka adalah Bumiputera.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau boleh mengambil keputusan yang popular semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak, namun ia akan memberi kesan buruk.
“Kita perlu lakukan (perubahan) secara berperingkat… tidak boleh buat secara gopoh. Anak-anak India, anak-anak Cina semua anak saya. You force us to change now to satisfy the demand of the extremist, we will be wiped out in the election. And you will have Pas and Bersatu to govern this country,” katanya lagi.
Menjelaskan lanjut, Perdana Menteri berkata, mereka yang mempersoalkan tentang sistem kuota harus belajar mengenai sejarah negara ini, dan memahami mengapa ia penting bagi menjamin keadilan untuk kaum Bumiputera, tanpa meminggirkan nasib kaum lain.
Anwar berkata, beliau dan rakan-rakan Kabinet akan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk melakukan perubahan dalam sistem pendidikan negara, bagi menjamin keadilan untuk semua pihak.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-tak-mansuh-sistem-kuota-bumiputera-ini-jawapan-pm-anwar-431435 |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sistem kuota memang kontroversial dan memiliki beragam sudut pandang. Namun, kami menghargai pernyataan dari Perdana Menteri mengenai potensi turmoil (kekacauan) yang dapat muncul jika sistem kuota dibatalkan secara mendadak. Sebagai pihak yang berwenang, kami akan terus mempertimbangkan implikasi dari keputusan-keputusan ini dengan seksama. Upaya kami adalah untuk mencari solusi yang adil dan berkelanjutan bagi semua warga negara, sambil tetap meminimalkan dampak negatif. Kami juga berkomitmen untuk melibatkan semua pemangku kepentingan dalam proses pengambilan keputusan ini. Terima kasih atas masukan dan perhatiannya terhadap isu ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
bg betis nk paha... org dh bg buat sekolah jenis kebangsaan tu bersyukur la...satu2 dia nk ungkit... lepas ni dia ungkit lg benda lain... ingat kita bodoh sgt ke nk percaya soalan dri budak ni... entah2 saja setup nk test market... |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika menjawab soalan pelajar dalam sesi Temu Anwar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, hari ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo paknon ckp x nak mansuhkan bermaksud dia sebenarnyeh nak mansuhkan....
~~ Paknon kaki spin, kaki belit, kaki sembang, kaki liwat= KAKISTOKRASI ~~ |
|
|
|
|
|
|
|
IPTA tu caj yuran murah dah... try charge yuran nak dekat2 uni luar, mapuis la puak2 ni nak bayar, rela la gi hantar anak2 ke luar negara.
Dalam kata mudah, kalau mansuh sistem kuota dengan cara adopt 100% meritokrasi...senag2 la puak yg dah advanced serba serbi dari latar belakang keluarga cukup duit hantar extra tuisyen, bertutur Englsih di rumah, ada perlatan serba cukup, environment rumah & kejiranan, facilities serba cukup hidup di bandar dengan senang2 masuk uni yg disubsidi.
Anak2 orang yg terpinggir macam melayu luar bandar, orang asli, kaum pedalaman sabah sarawak boleh compete???
If we tried to emulate Singapore all placed in big city, smua duduk di HDB, ada akses api air, MRT smua sama...so xde alasan ada kaum2 yg bole ketinggalan memang sesuailah meritokrasi dilaksanakan...
Aku setuju kalau Uni awam Malaysia yg heavily subsidised ni adopt kuota 70 % bumi, 30 % meritokrasi... yg masuk by merit tu sama ada apply scholar (based on merit) atau parent diorang sendiri wajib bayar pengajian fee at full charge (without subsidy).
Tak adil la T20 nak banjirkan anak2 di Uni awam padahal mampu je sponsor anak gi overseas...macam org kaya duduk PPR kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang replied at 5-8-2023 08:17 PM
Ketika menjawab soalan pelajar dalam sesi Temu Anwar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, hari ini
budak yg iollz maksudkan pelajar yg tnya soalan tu la |
|
|
|
|
|
|
|
budak asal India ni bagus
hantar je dia belajar di India
disana semua terbaik termasuk jamban |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 5-8-2023 10:21 PM
" lu olang..ini macam talak adil maaa...tengok wa...sini mali boleh cakap melayu punya maa"- |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 5-8-2023 10:29 PM
brownstone replied at 5-8-2023 08:33 PM
IPTA tu caj yuran murah dah... try charge yuran nak dekat2 uni luar, mapuis la puak2 ni nak bayar, r ...
ko..jgn kaco t20......"kami rakyat Msia yg bayar cukai...b40...tu apa sumbangan kpd negara...'curi' duit kita guna nama sumbangan la,bantuan la,subsidi la...apa2 jer la...dasar pemalas"- |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 6-8-2023 12:04 AM
Ternyata sekarang terbukti bahwa slogan masyarakat madani anwar itu hanyalah slogan politik saja yang sama sekali tak akan merubah tatanan politik dan perkauman di Malaysia ...
Padahal konsep normatif atau ideal masyarakat madani adalah masyarakat yang egaliter atau setara, equality atau kesamaan hak, anti perkauman (rasisme), demokratis dan sepenuhnya bersendikan meritokrasi....
Tampaknya mustahil bagi Anwar untuk merubah status quo yang ada tanpa terlebih dahulu menghapuskan sistem monarchi raja-raja melayu yang mencerminkan budaya feudalisme selama ini ...
Kesimpulannya ... Status quo sistem sosial politik yang ada sekarang akan tetap permanen tanpa perubahan ... Perubahan yang significant baru akan terjadi di Malaysia jika ada Revolusi oleh Rakyat Malaysia sendiri .. (seperti yang berlaku di Indonesia tahun 1965 dan 1998)..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sorry la nk hak sama rata...
Klu rase x bahagia.. X adil... Blh carik kebahagiaan di tempat lain....
Klu kj pun gj korang yg tggi2... Wpun nan hado... Selagi blh perah korang nk perah kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejujurnya majority bangsa china dan india yang meginginkan sebuah perubahan terjadi di Malaysia kerana pasti mengnginkan perlakuan hak yang sama dengan bangsa melayu yang selama ini di-istimewakan ...
Dengan itu .. maka tak mengherankan jika majority bangsa china dan india yang mendambakan perubahan di Malaysia akan cenderung menjadi pendukung kuat Anwar jika Anwar berhasil menjalankan slogan politik masyarakat madani ..
|
|
|
|
|
|
|
|
bebaru ni meols ada tengok diskusi prof cina dari UKM, lupa namanya, heols pakar sejarah gitu la, dia kata Malaysia ni tak macam indonesia dan thailand yang mengamalkan asimilasi dimana penduduknya diwajibkan mengamalkan budaya nasional dan wajib tinggalkan budaya asal memasing sebagai tanda nasionalisme gitu la.
Malaysia guna pendekatan integrasi, yakni penduduk bukan asal masih boleh amalkan budaya asal memasing dan pada masa sama setia pada negara. Sebab tu kita ada sjk c/t.
Cuma masalahnya lepas habis je spm, non malays dah tak guna atau abaikan penggunaan BM. Itulah isu utamanya yang membuatkan mereka takda sifat nasionalisme etc. BM hanya sebagai silibus akademik di sekolah sahaja, lepas tu bye2.
prof tu lancar yach BMnya, macam Lim Swee Tin. |
|
|
|
|
|
|
|
25 tahun tunggu.. hauk jua akhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 5-8-2023 06:59 PM
iols baru tgk bideo...pergh kemain paknon membuli budak india ni....dgn jawapan rasis nyeh...ni kalo tun m yg jawab, habis puak walanon pakat kecam tun.
Oii ko tu pm ,jawab la leklok...buduh punya pm |
|
|
|
|
|
|
| |
|