View: 2779|Reply: 15
|
[Tempatan]
Anwar, Erdogan bincang hal pertemuan, pelaburan dan pertahanan secara online
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 6-8-2023 12:18 PM
ANWAR Ibrahim mengadakan pertemuan maya bersama Recep Tayyip Erdogan, malam tadi.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan secara maya dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk pelaburan, pertahanan dan sebagainya.
Melalui pertemuan tersebut, Erdogan memberi komitmen untuk berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat dan melakukan perjumpaan secara bersemuka dengan Anwar semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan.
Anwar berkata, antara perkara yang disentuh di dalam perbincangan tersebut adalah mengenai kerjasama pelaburan antara Malaysia dan Turkiye.
“Saya turut mengulangi komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak £200 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
“Untuk itu, Batik Air terpilih sebagai operator untuk laluan KUL-ISG. Dijangka penerbangan Batik Air akan bermula pada Oktober 2023,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.
Perjumpaan secara maya antara dua pemimpin tersebut turut disertai oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kerjasama mengenai pertahanan turut dibincangkan selepas Agensi Industri Pertahanan Turkiye (SSB) menghantar delegasi yang besar untuk menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.
“Saya berasa kagum dengan kemajuan teknologi pertahanan Turkiye dan yakin Malaysia bakal mendapat manfaat besar hasil kerjasama erat antara Malaysia-Turkiye. Sayugia saya bersetuju secara prinsip untuk memuktamadkan memorandum persefahaman dalam kerjasama pertahanan pada masa yang terdekat,” katanya.
Tambahnya, jumlah perdagangan dengan Turkiye pada tahun lalu berjumlah AS$4.62 bilion iaitu meningkat sebanyak 12.6 peratus.
“Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion kerana Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit,” jelasnya.
Sementara itu, pengerusi Pakatan Harapan itu juga menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan menolak sebarang unsur keganasan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan tindakan tersebut di dalam negara.
“Saya juga menggunakan kesempatan ini untuk maklumkan kepada Erdogan terkait usaha Malaysia menentang Islamophobia iaitu tindakan membakar Al-Quran di Sweden. Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang berlindung di sebalik hak kebebasan bersuara yang diagungkan oleh Barat.
“Lantaran itu, Malaysia menzahirkan komitmen untuk menyumbang satu juta naskhah al-Quran di seluruh dunia termasuk 15,000 naskhah dengan terjemahan dalam bahasa Sweden sebagai salah satu usaha untuk menangani kedangkalan pemahaman Barat terhadap Islam,” katanya.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita/2023/08/anwar-erdogan-bincang-hal-pertemuan-pelaburan-dan-pertahanan/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-8-2023 12:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
When it comes to sharing their recipe for success:
Dogan: I like baklava
Anwar: I like almond london...you know london...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila Malaysia nak join NATO? Lepas tu iktiraf Israel boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi macam mana nak menjatuhkan matawang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dulu peliwat tua hamjadah tuuuu lari ke kedutaan turki sbb takut kena tangkap lepas meliwat pembantu diaa |
|
|
|
|
|
|
|
Masa Yusuf qardawi ada,
dok jaja nama dia merata semata2 nk potray diri teraniaya jd fitnah kes liwat..
Skrg jd pemerintah, dok jaja nama erdogan plk..
Tun M yg jumpa dia berpuluh kali pon tak pernah bt cmni...
|
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur replied at 6-8-2023 03:20 PM
Masa Yusuf qardawi ada,
dok jaja nama dia merata semata2 nk potray diri teraniaya jd fitnah kes l ...
Dah tu tak kan nak jaja nama Bosnia, Palestin dan Rohingya setiap kalai PRU? |
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur replied at 6-8-2023 03:20 PM
Masa Yusuf qardawi ada,
dok jaja nama dia merata semata2 nk potray diri teraniaya jd fitnah kes l ...
Khuenstt. Low class betul canang sana sini tp habokkk pon tarakk |
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni bukan biasa ka? Ini pun nak dijadikan isu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekali imbas, ingatkan kj dlm gambaq tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Erdogan plk kena jual. Member aku kakitangan awam yg pernah bertugas di turki.
Kalo nak Tau media turki x spotlight pun pmx kita ni. Lbh 90% rakyat turki x kenal pun pmx ni. |
|
|
|
|
|
|
|
clara_nur replied at 6-8-2023 03:20 PM
Masa Yusuf qardawi ada,
dok jaja nama dia merata semata2 nk potray diri teraniaya jd fitnah kes l ...
Tak boleh berdiri dgn kemampuan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|