View: 2744|Reply: 7
|
[Tempatan]
Ketirisan atau kegagalan tata kelola dan libat urus kerajaan madani: Ramai tidak tahu inisiatif kerajaan bendung inflasi dan kos sara hidup
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 6-8-2023 12:27 PM
70 peratus responden tidak tahu inisiatif kerajaan bendung inflasi dan kos sara hidup.
SHAH ALAM - Sebanyak 70 peratus daripada 1,068 responden kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum menyatakan mereka tidak mengetahui sebarang dasar atau inisiatif dilakukan kerajaan untuk membendung inflasi atau mengurangkan kos sara hidup.
Berdasarkan kajian Endeavour-MGC (EMGC) juga mendapati 32 peratus responden di kerusi marginal kaum Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor turut mengatakan perkara yang sama.
“Hanya 30 peratus responden daripada semua kaum dan 32 peratus responden Melayu memaklumkan bahawa mereka mengetahui dasar-dasar yang dilakukan oleh kerajaan itu,” katanya dalam kajian tersebut.
Kaji selidik yang mengambil pendekatan persampelan rawak berstrata itu dilakukan pada 22 hingga 28 Julai lalu itu kepada responden yang berdaftar sebagai pengundi di 34 kerusi DUN.
Sementara itu, bagi kaji selidik tahap kerisauan responden berkenaan kesan inflasi ke atas kewangan peribadi pula, 54 peratus responden semua kaum menyatakan mereka amat prihatin, 41 peratus pula sederhana dan lima peratus sedikit prihatin.
Menurut kajian itu lagi, 56 peratus daripada 724 responden di kerusi marginal Melayu menyatakan amat prihatin berkenaan kesan inflasi ke atas kewangan peribadi mereka.
“40 peratus pula adalah sederhana prihatin dan empat peratus lagi sedikit prihatin terhadap kesan inflasi kepada kewangan peribadi.
“Tiada responden daripada kerusi marginal pelbagai kaum dan responden kerusi marginal Melayu menyatakan mereka tidak prihatin dan tidak mengetahui isu tersebut,” jelas EMGC.
https://www.sinarharian.com.my/article/272178/berita/ramai-tidak-tahu-inisiatif-kerajaan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
benda simple kut formula ekonomi
ringgit jatuh teruk ringgit rahmah, beli barang import guna us dollar maka automatik barang harga akan naik
ada tiga cara peniaga hadapi kos ringgit lemah:
> jual kombo/ atau tambah size dan harga/ atau rebranding packaging baru
> tambah inti oksigen
> tambah naik harga
sebab tu rakyat rasa harga naik meroket. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-8-2023 01:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
...semua kaum menyatakan mereka tidak mengetahui sebarang dasar atau inisiatif dilakukan kerajaan untuk membendung inflasi atau mengurangkan kos sara hidup...serius kalau macam ni...apa reaksi bangnon |
|
|
|
|
|
|
|
yg rahmah bagai bantuan2 bulanan suma tu dasar la tu
depa taw tp buat2 tak taw buta tuli b40 apa depa taw
depa ingat dasar tue cam dasar laut kot |
|
|
|
|
|
|
|
tengok kes beras tempatan je cukup, kena game dengan tauke2 mata sepet jeee |
|
|
|
|
|
|
|
Ujung2, ajak debat |
|
|
|
|
|
|
|
Dh tu apa lagi yg ko tunggu??suruh la mnteri komunikasi apa nama dia tu aq dh x ingat wat keja...war2 kan apa bantuan/inisiatif kerajaan untuk bantu rakyat,macam mana nak mintak bantuan,nak call sapa,nk g mana,siar kat tv3 suku tu banyak2,org2 lama suka tengok berita tv3,guna la masa tu untuk hebahkan pada rakyat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|