View: 1765|Reply: 0
|
[Terengganu]
Gabungan OKU Terengganu tuntut kuota khas perumahan, ruang niaga
[Copy link]
|
|
Mohd Fauzi Mansor
KUALA NERUS: Gabungan Orang Kurang Upaya (OKU) Terengganu (GOKUT) menuntut mana-mana parti yang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) menyediakan kuota khas perumahan dan ruang niaga untuk golongan mereka.
Pengerusi Bersama GOKUT, Mohd Fauzi Mansor, 52, yang juga Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Terengganu, berkata parti yang mendapat mandat rakyat diharap memainkan peranan melihat keperluan OKU.
Katanya, OKU boleh diibaratkan golongan minoriti yang sering terpinggir terutama dalam memiliki rumah selain ruang niaga bagi membolehkan golongan itu berdikari mencari rezeki.
"OKU juga sebahagian daripada masyarakat oleh itu saya berharap golongan kami tidak dipinggirkan dalam arus kemajuan negeri dan negara.
"Dari segi pemilikan rumah, boleh dikatakan amat sukar kerana kami perlu bersaing dengan golongan normal, " katanya.
Menurutnya, begitu juga dengan lot perniagaan yang sukar diperoleh oleh OKU kerana faktor persaingan dan sekiranya tidak diwujudkan kuota khas maka masalah ini akan terus berlarutan.
Katanya, dia berharap apabila tertubuhnya mana-mana kerajaan selepas ini, permasalahan membabitkan OKU dapat diatasi.
Fauzi berkata, pihaknya berharap kerajaan tidak 'menganaktirikan' golongan OKU, selain bertanggapan OKU hanya layak menerima bantuan dan tidak boleh berdikari.
Menurutnya, di negeri ini terdapat kira-kira 5,098 OKU cacat penglihatan dan yang berdaftar dengan PERTIS seramai 458 orang.
Sementara itu, Mohamad Jonaidi Salleh, 39, berkata golongan OKU sepertinya amat memerlukan rumah rumah dan berharap kerajaan mewujudkan kuota khas dalam pemilikan rumah bagi OKU.
"Saya bersama pasangan Nurul Najwa Khairunnisah Hassim, 29, yang juga OKU amat memerlukan rumah dan amat berharap kerajaan dapat melihat permasalahan yang dihadapi golongan seperti kami.
"Saya bersama pasangan hanya mampu menyewa sebuah bilik RM240 sebulan dan ia sudah tentu tidak selesa bagi kami yang berkahwin," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rumahan-ruang-niaga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|