CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 0

[Kelantan] Tetap setia di rumah uzur

[Copy link]
Post time 7-8-2023 02:21 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN Flat Kampung Sireh, Kota Bharu yang terbiar, kotor dan dipenuhi belukar serta sampah- sarap selepas penghuni diarahkan mengosongkan unit masing-masing sejak 2019. FOTO NOR AMALINA ALIAS

Kota Bharu: Uzur, terbiar, kotor, selain tiada kemudahan asas. Begitu keadaan Flat Kampung Sireh di sini, yang sudah berusia lebih 40 tahun namun masih menjadi kediaman buat segelintir orang memerlukan.

Dibandingkan ketika awal penubuhannya sekitar tahun 70-an, tiga blok bangunan empat tingkat itu yang sebelum ini menempatkan lebih 100 keluarga, kini hanya dihuni kira-kira 20 keluarga.

Semuanya kerana keluarga itu mendakwa tidak mampu untuk menyewa dan berpindah ke tempat lain meskipun sudah diarah mengosongkan unit masing-masing sejak 2019.

Kerajaan negeri dilapor mengarahkan anak syarikatnya, Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk memajukan kawasan flat itu bermula 2021.

Perkara itu disebut dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dilapor media pada 8 Nov 2020 namun terdapat kekangan susulan penduduk yang tidak berpindah dan ada lapan peniaga berniaga di kawasan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan kesihatan negeri, Dr Izani Husin dilapor berkata, kerajaan negeri membuat rayuan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyelesaikan masalah penduduk yang tidak mahu berpindah.

Namun, katanya, rayuan untuk penduduk itu ditempatkan di PPR Wakaf Mek Zainab ditolak kerana tidak cukup syarat, antaranya termasuk berkahwin dengan warga asing.

Disebabkan itu, penduduk sanggup menggadai nyawa tinggal di bangunan usang yang tiada bekalan air, asalkan masih ada tempat berteduh.



SITI Aminah menunjukkan surat terakhir diterima daripada pihak Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK) bertarikh April lalu.

Ibu tunggal, Siti Aminah Samad, 57, berkata, dia, anaknya yang berusia 24 tahun dan cucu (enam bulan) masih menetap di flat itu kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

"Saya tinggal di sini sejak mula-mula berkahwin dengan arwah suami pada 1979 dan sepatutnya kalau ikut perjanjian asal, rumah ini disewa beli tapi tidak boleh dimiliki dengan kadar sewa RM67 sebulan.

"Ia sehingga arahan berpindah keluar pada 2019, tapi saya nak cari duit kat mana untuk sewa rumah lain...tanah tak ada, kerja juga harap ihsan orang, kerja katering.

"Saya juga disahkan alami injap jantung bocor selepas melahirkan anak bongsu. Walaupun malu tinggal di sini, tapi inilah tempat asal saya," katanya yang akan menumpang rumah saudara untuk membasuh pakaian atau melakukan aktiviti lain.

Keadaan sama turut dihadapi Mohd Adnan Ismail, 44, yang mendakwa tidak mampu untuk menyewa rumah lain bersama isteri dan tiga anak.

Katanya, dengan pendapatan sebagai peniaga roti canai, dia turut menanggung anak orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang perlu menggunakan alat pendengaran.

"Keperluannya sahaja sudah ratusan ringgit, anak lain yang sekolah lagi. Jadi kami bertahan saja tinggal di sini walau terpaksa angkut air setiap hari, selain tumpang mandi di masjid," katanya.

Hafeez Zaid, 42, pula mendakwa masih tinggal di flat yang dihuni tiga generasi keluarganya kerana dekat dengan tempat kerja.

Dakwanya, sementara bangunan flat masih belum dirobohkan, dia akan terus tinggal di situ walaupun persekitarannya tidak selesa.

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... setia-di-rumah-uzur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.927230 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list