CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1657|Reply: 2

[Politik] PRN: Tentera, polis undi awal hari ini

[Copy link]
Post time 8-8-2023 08:25 AM | Show all posts |Read mode
PRN: Tentera, polis undi awal hari ini

FOTO HIASAN


Kuala Lumpur: Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bersekali Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu semakin dirasai dengan 98,785 anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab undi awal, hari ini.

Kesemua pusat pengundian awal di enam negeri termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak pada 8 pagi ini dan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi.

Pengundian awal PRN bakal menyaksikan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.

Sementara, 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terbabit dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu, melalui tiga pusat mengundi awal yang kesemuanya dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Di IPK Terengganu, pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bahagian Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Buruk pada 12 tengah hari, diikuti pusat mengundi Dun Bandar pada 2 petang, dan terakhir Dun Ladang pada 5 petang, manakala tiada pengundian awal bagi Dun Wakaf Mempelam.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN dan PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN membabitkan enam negeri dan PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian 12 Ogos ini.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula hari penamaan calon dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.

PRN ini membabitkan 36 kerusi Dun di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 Dun di Negeri Sembilan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon Pas Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -undi-awal-hari-ini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2023 08:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:53 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.051594 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list