CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1647|Reply: 0

[Johor] Penganggur mengaku salah cabul anak saudara

[Copy link]
Post time 9-8-2023 04:55 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku salah amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan anak saudaranya di sebuah rumah di Batu Bahat, Sabtu lalu.

Tertuduh berusia 53 tahun membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika mangsa berusia 13 tahun bertandang ke rumahnya pada jam 5.15 petang, 5 Ogos lalu.

Bagaimanapun, mangsa mengadu perkara itu kepada ahli keluarganya sebelum laporan dibuat pada hari kejadian.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 Ogos ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cabul-anak-saudara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.126087 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list