View: 3752|Reply: 0
|
[Kelantan]
'Lebih baik guna air Sungai Golok, paip banyak keluar angin saja'
[Copy link]
|
|
NARIZA menunjukkan saluran paip yang dipasang untuk menyalurkan air dari Sungai Golok ke rumahnya. FOTO Siti Rohana Idris
Tumpat: "Lebih baik kami guna air Sungai Golok, walaupun tidak bersih sekurang-kurangnya sentiasa ada untuk kegunaan harian," kata Nariza Ariffin, penduduk dari Kampung Naga Ibu, Pengkalan Kubor.
Nariza, 47, berkata, situasi itu dialami sejak lebih 10 tahun lalu apabila bekalan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) kerap terganggu dan lebih banyak mengeluarkan 'angin' saja dari paip.
Dia berkata, memandangkan rumahnya hanya berjarak kira-kira 20 meter saja dari Sungai Golok, mereka bertindak memasang saluran paip sendiri yang menghubungkan antara sungai itu dengan paip di rumah yang digunakannya bersama sembilan ahli keluarga lain yang menetap berhampiran.
"Sebelum ini pun sudah bermasalah dari segi bekalan air namun keadaan semakin teruk dengan pembinaan Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) yang dibina lebih 15 tahun lalu.
"Letih berdepan situasi buka paip hanya keluar angin, kami bertindak mencabut meter air dan menggunakan air Sungai Golok untuk mandi dan membasuh.
"Untuk memasak dan minum pula, kami terpaksa membeli air bersih daripada mesin air tapisan dan setiap hari kami perlu membelanjakan hampir RM10 untuk itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.
Nariza berkata, selain Sungai Golok, dia dan penduduk serta beberapa kampung sekitar juga menggunakan air dari tali air namun ia dikambus sebaik Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok dibina.
Menurutnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) ada menyediakan tangki air di tepi jalan dan lori akan datang mengisi bekalan air namun adakalanya kuantiti yang dibekalkan tidak mencukupi kerana ia adalah untuk keperluan sekitar 10 hingga 15 rumah.
"Saya merayu agar masalah yang dialami bersama penduduk di beberapa kampung lain di Pengkalan Kubor dapat diberi perhatian sewajarnya oleh pemimpin yang bakal memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Biarpun sudah lali dengan situasi ini (tiada bekalan air bersih) tapi kami pun rakyat Malaysia juga yang layak untuk menerima kemudahan asas seperti orang lain," katanya.
Masalah air bersih dialami lebih 2,000 penduduk kampung di Pengkalan Kubor antaranya Kampung Naga Ibu, Kuala Jambu, Simpangan, Pisau Raut, Derdap dan Kubang Sawa dengan masing-masing bergantung kepada air Sungai Golok selain bekalan yang dihantar oleh PBT secara berkala.
Penduduk Kampung Derdap, Faridah Abdullah, 51, berkata, air yang dibekalkan PBT di tangki berkapasiti 500 liter hanya digunakan untuk minum dan memasak saja kerana mereka perlu berjimat disebabkan bekalan itu bukan setiap hari diisi.
"Bukan semua penduduk boleh membina telaga tiub kerana selain bercampur air dari Sungai Golok yang adakalanya masin, telaga juga kerap kering dan tiada air," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-keluar-angin-saja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|