CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1429|Reply: 0

[Johor] 124 kes HIV baharu di Johor - Exco

[Copy link]
Post time 15-8-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 124 kes dikategorikan sebagai HIV baharu sehingga Minggu Epid 32/2023 dengan daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).

"Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (tujuh), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.

"Daripada jumlah kes HIV baharu ini, 117 kes atau 94.3 peratus melibatkan lelaki dan tujuh kes atau 5.7 peratus pula wanita. Terdapat enam kes melibatkan individu berumur antara 13 hingga 19 tahun," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, diaporkan bahawa faktor penyumbang kes HIV baharu itu adalah disebabkan hubungan homoseksual atau biseksual dan juga melalui hubungan heteroseksual.

Bagi kes AIDS pula, Ling berkata sebanyak 164 kes dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini berbanding 147 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, dalam tempoh itu, kematian akibat HIV dan AIDS masing-masing adalah sebanyak 10 kes dan 31 kes.

– BERNAMA  Ogos 15, 2023 @ 7:39am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.536797 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list