|
BEKALAN minyak yang sukar diperoleh di Kampung Losong di sini. FOTO Faizul Azlan Razak.
Kuala Terengganu: Bekalan minyak paket bersubsidi meruncing apabila peniaga dan pengguna mendakwa sukar untuk mendapatkannya di sekitar di daerah ini.
Malah, tinjauan ke beberapa kedai runcit dan pasar raya di daerah ini juga mendapati bekalan minyak paket itu ketiadaan stok, yang ada hanya minyak masak botol.
Peniaga kedai runcit, Nurshahidatina Eliya Zahari, 25, berkata kekurangan minyak masak paket berlaku pada akhir Julai lalu.
Menurutnya, paling banyak mendapatkan bekalan minyak paket dua kotak yang mana setiap kotak mengandungi 17 kilogram (kg) yang dibeli dengan pemborong.
"Masalah kekurangan bekalan minyak paket berlaku akhir bulan lalu dan berlarutan sehingga hari ini.
"Kita terpaksa mencari sendiri bekalan ini di merata tempat dan kedai lain untuk menjualnya. Biasanya pengguna mahu minyak paket saja dan saya terpaksa mengehadkan jualan satu atau dua paket seorang," katanya yang ditemui di kedainya di Kampung Losong Haji Awang, di sini, hari ini.
Seorang lagi peniaga runcit, Woo Weng Chor, 72, berkata dia terpaksa mencari sendiri bekalan minyak masak paket di pasar raya atau mana-mana pemborong.
Menurutnya, dia juga sanggup ke Bukit Payong, Marang dengan jarak 15 kilometer (km) semata-mata mencari bekalan minyak paket.
"Jika kedai yang saya pergi ada bekalan, saya hanya dapat membeli dua atau tiga paket saja dan pergi mendapatkan ke kedai lain pula.
"Saya kena buat begitu kerana gagal mendapatkan bekalan daripada pembekal dan kasihan kepada pelanggan yang datang ke kedainya mahu membeli minyak paket," katanya yang menjalankan perniagaan di Jalan Hiliran, di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dapat-minyak-masak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|