View: 1390|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Hina agong, lelaki ditahan di Pahang
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki tempatan berusia 43 tahun itu ditahan di Bera, Pahang.
Katanya, lelaki itu disyaki adalah pemilik atau pengendali akaun Facebook @sambanjar perak yang memuat naik hantaran yang cenderung menghasut.
"Hantaran itu juga dilihat boleh mendatangkan penghinaan dan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.
"Permohonan reman terhadap suspek dilakukan di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan dibenarkan selama empat hari mulai hari ini hingga 18 Ogos nanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Orang ramai digesa supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah.
"Elakkan mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutama membabitkan isu 3R iaitu agama, raja dan kaum," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-ditahan-di-pahang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|