CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11650|Reply: 11

[Dunia] Peniaga Di Melaka Kiciwa Floating Market Sendu, Minta peniaga lain buka gerai, tapi kena marah pula

[Copy link]
Post time 5-2-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-2-2025 07:22 AM

Menurut pihak pengurusan itu, pembinaan jambatan ke Melaka Floating Market sedang dijalankan menyebabkan laluan masuk ditutup sementara.



Apa yang diharapkan oleh seseorang peniaga? Semestinya kehadiran ramai pengunjung di kawasan kedai atau gerainya bagi memastikan peluang untuk mendapatkan pelanggan lebih tinggi.

Begitu juga dengan pelanggan, mereka mengharapkan kawasan yang ingin dikunjungi itu memiliki banyak gerai atau kedai yang menjual pelbagai jenis makanan mahupun barangan.

Jika kawasan tersebut ‘sendu’, mana mungkin pelanggan tertarik untuk pergi bukan?

Peniaga wanita kecewa, tak banyak gerai di pasar terapung di Melaka yang buka
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita di pasar terapung di Melaka kecewa kerana tidak mempunyai ramai pengunjung.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@karinaknag), wanita berkenaan menyatakan bahawa Melaka Floating Market ‘sendu’ tanpa kehadiran pengunjung kerana kebanyakan peniaga tidak membuka gerai mereka.

Menurutnya, dia berasa kasihan terhadap peniaga lain yang membuka gerai pada setiap hari meskipun tidak mempunyai pelanggan yang ramai.

Minta peniaga lain buka gerai, tapi kena marah pula
Dakwa wanita itu lagi, dia juga sudah meminta para peniaga lain di floating market itu untuk membuka gerai mereka, namun tindakan itu menyebabkan dia dimarahi.

“Kalau tak nak berniaga tak perlulah ambil harga pakej yang murah. Pihak pengurusan kena buat sesuatu kalau tidak tempat ini tidak akan bertahan lama,” katanya.

Dalam video tersebut, kelihatan jelas hanya beberapa peniaga sahaja yang berniaga, manakala deretan gerai yang berbentuk bot yang terapung di atas sungai Melaka itu ditinggalkan kosong.


Laluan masuk ditutup sementara jadi punca floating market tak ramai pengunjung?
Sementara itu, akaun TikTok Melaka Floating Market yang dipercayai pihak pengurusan di sana telah tampil memberi penjelasan.

Menurut pihak pengurusan itu, pembinaan jambatan ke Melaka Floating Market sedang dijalankan menyebabkan laluan masuk ditutup sementara.

“Kami memohon maaf dan berharap agar pengunjung akan merancang lawatan (ke sana) selepas ia siap,” tulisnya.


Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang dakwa air sungai di sana berbau busuk
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada yang memberi cadangan agar tapak kawasan floating market tersebut dipindahkan ke kawasan yang sememangnya popular di negeri itu dan memiliki ramai pengunjung.

Malah, ada pula netizen yang mendakwa air sungai di situ berbau busuk menyebabkan dia tidak tertarik untuk ke sana lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
“, ada pula netizen yang mendakwa air sungai di situ berbau busuk menyebabkan dia tidak tertarik untuk ke sana lagi.”

Ini betul ya. Bau busuk.
Sape nk pegi sana. Nak makan pun hilang selera
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 07:59 AM | Show all posts
Bijak floating market... hebat dr htyai.... pakej bau menusuk hidung....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hodoh. Tak estetik langsung. Budak2 yang pergi floating market tu, pergi demi sekeping gambar. Tapi kalau dah macam pasar karat je, tiang warna pink, lampu putih kalimantang... Sape je nak bergambar dekat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa merah jambu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 11:38 AM | Show all posts
tak menarik langsung. baik tempat, baik makanan. mmg 'expectation vs reality' punya kes.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2025 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sungai melaka busuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 12:34 PM | Show all posts
da la situ jammed teruk.. tak praktikal buat kt situ.. kalau nk buat, p la buat dkt blkg melaka sentral area opis Sungai Melaka tu.. ada je tmpt riadah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 12:42 PM | Show all posts
melaka je pun bukan nak mendonia opkoz buat melepas betuk di tangga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 01:31 PM | Show all posts
-mahal
-akses jem dekat traffic light berkembar
-idea tak original
-jalan sempit
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:00 PM | Show all posts
akies replied at 5-2-2025 07:29 AM
“, ada pula netizen yang mendakwa air sungai di situ berbau busuk menyebabkan dia tidak tertarik un ...



ytjt kaedahnya macam mana busuk bau air sungai melaka tu.  
yelah muara sungai satu hal bau lumpur, bau kinci vera pun mcm ada sebab banyak rumah sepanjang sungai.

Kesian kat peniaga la... modal niaga tu payah nak rolling
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2025 02:36 PM | Show all posts
busuk la, peniaga kat situ tak bau ke. Situ jem satu hal, parking pun satu hal. Dah kenapa semua benda nak tumpu kat satu tempat. Melaka tu besar la, g la upkan area yg x femes ames. Iols sendiri malas nk g bandar sbb traffic lite bersusun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062496 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list