CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1702|Reply: 0

[Kelantan] 'Doktor perlu pantau, bimbang serpihan buluh yang menembusi perutnya masih ada...'

[Copy link]
Post time 16-8-2023 05:13 PM | Show all posts |Read mode

Mohammad Ammar menjalani pembedahan selama dua jam pagi tadi bagi mengeluarkan buluh dua meter yang tertusuk di perutnya. Gambar ihsan keluarga

GUA MUSANG: Remaja yang parah akibat tertusuk buluh sepanjang dua meter di bahagian perutnya berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membuang buluh terbabit selama dua jam bermula jam 8 pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda membawa buluh yang diparkir di Kilometer 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, di sini, pada jam 9.30 malam semalam.

Bapa saudara mangsa, Mohd Saiful Azman Jaafar, 29, berkata walaupun Mohammad Ammar kini dalam keadaan stabil, anak saudaranya itu perlu pemeriksaan secara berterusan kerana dibimbangi masih ada serpihan buluh dalam perutnya.

"Waktu saya melawat pagi tadi, Mohammad Ammar masih tidur kerana mungkin kesan ubat bius belum hilang.



"Pembedahan tamat pada jam 10.15 pagi tadi. Mengikut kata doktor, Mohammad Ammar perlu melakukan pemeriksaan secara berkala kerana dibimbangi serpihan buluh masih ada dalam perutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Media melaporkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata mangsa yang dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan kemudian dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan pergi memancing dan sejurus tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda membawa muatan buluh yang di parkir di tepi jalan.

Katanya, sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa dan dia dibawa ke hospital untuk rawatan awal, sebelum dihantar ke HSIP untuk rawatan lanjut.

Mohd Saiful berkata, dia mengetahui kejadian menimpa anak saudaranya itu kira-kira jam 9.50 malam semalam selepas dimaklumkan orang yang datang ke rumahnya.

"Saya terus bergegas ke tempat kejadian dan membawa dia ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut. Ketika dalam perjalanan dia mengadu sangat sakit kerana buluh yang panjang itu masih ada menembusi perutnya," katanya.

Mohd Saiful berkata, Mohammad Ammar tinggal bersama datuk dan neneknya yang membesarkannya sejak kecil kerana dia kematian ibu ketika berusia 10 bulan.
https://www.bharian.com.my/berit ... -menembusi-perutnya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.166168 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list