CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2412|Reply: 2

[Johor] Rogol budak 12 tahun bergilir-gilir, tiga sekawan ditahan

[Copy link]
Post time 17-8-2023 09:32 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Batu Pahat: Tiga sekawan ditahan kerana disyaki merogol seorang kenalan mereka berusia 12 tahun secara bergilir-gilir dalam kejadian di sebuah rumah di Sri Gading, di sini kelmarin.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek berusia 18 hingga 20 tahun tahun didakwa melakukan perbuatan itu selepas mereka mengenali mangsa melalui media sosial.

Malah, seorang daripada suspek didakwa sudah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa sejak bulan lalu.

Kejadian terakhir berlaku pada malam Selasa lalu sebelum diketahui ibu mangsa dan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar daerah ini, susulan laporan polis dibuat jam 3.35 pagi semalam.

"Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

"Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan ketiga-tiga suspek direman sehingga Isnin ini," katanya dalam kenyataan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iga-sekawan-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2023 10:00 AM | Show all posts
Ya Allah, mak bapak tak pantau anak ke! ko biar anak keluar sorang2 ke! Subahanallah!
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2023 10:20 AM | Show all posts
waktu salah sorang yang dah melakukan perkara tersebut sejak sebulan lalu tu mungkin sukarela..boifren dia la kot..bila kena gang bang..sapa lagi yang rela..baru 12 tahun..huhu nauzubillah,...takut laaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.570684 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list