|
EMPAT warga Indonesia yang hanyut sejauh kira-kira 110 batu nautika dari perairan Tanjung Pinang Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin. FOTO Ihsan APMM
Mersing: Empat kru kapal warga Indonesia hanyut sejauh kira-kira 110 batu nautika (200 kilometer) dari perairan Tanjung Pinang Indonesia selepas bot dinaiki mengalami kerosakan enjin, Sabtu lalu.
Mangsa, Darman, 42, Murhairi, 57, Agus Mustafa, 25 dan Suhandri, 22, ditemui terdampar dua hari kemudian di pantai Pulau Pemanggil, di sini.
Pengarah Maritim Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua mangsa dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan.
"APMM Johor menerima aduan awam terdapat satu kapal mencurigakan hanyut berhampiran perairan Pulau Pemanggil Mersing.
"Sebuah bot ronda Maritim Malaysia, Perkasa 44 yang sedang melakukan rondaan diarah untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan.
"Pada masa sama satu laporan polis dibuat oleh penduduk Pulau Pemanggil memaklumkan empat individu tidak dikenali terdampar di pantai Pulau Pemanggil," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, semua mangsa nekad berenang ke tepi pantai demi menyelamatkan diri kerana risau kejadian lebih buruk boleh berlaku terhadap kapal kargo yang membawa muatan barangan keperluan harian itu.
Beliau berkata, mangsa akan dihantar pulang ke jeti asal di Tanjung Pinang, Indonesia apabila proses dokumentasi dengan pihak kedutaan Indonesia dan proses baik pulih enjin kapal selesai.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-pulau-pemanggil |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|