CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 950|Reply: 0

[Selangor] Panik diarah berhenti jadi sebab pemandu pecut

[Copy link]
Post time 17-8-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode

RAKAMAN video yang tular di media sosial. FOTO tular

Kuala Langat: Polis mengesahkan kejadian peronda polis (MPV) mengejar kenderaan awam sejauh satu kilometer seperti yang tular di media sosial kerana melanggar lampu isyarat merah, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya mengesan satu video menerusi TikTok memaparkan sebuah MPV mengejar Toyota Vios.

"Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 11 malam, Selasa lalu di Taman Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang.

"Semasa kejadian, anggota MPV yang sedang bertugas melihat kereta itu melanggar lampu isyarat merah di Batu 7, Sijangkang.

"Anggota polis mengarahkan kereta itu berhenti tetapi kenderaan terbabit sebaliknya terus memecut memasuki ke Taman Perumahan Sijangkang Jaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, anggota polis berjaya menahan kenderaan terbabit dan pemeriksaan mendapati Toyota Vios dipandu lelaki tempatan berumur 41 tahun selain isteri dan tiga anaknya turut berada dalam kereta.

"Siasatan mendapati pemandu memberi alasan panik selepas diarahkan berhenti oleh polis lalu memecut.

"Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu tiada membawa apa-apa barang salah dan anggota mengeluarkan satu saman POL. 257 kepada pemandu itu.

"Saman dikeluarkan atas kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah (Kaedah Rule LN167/59-017) yang mana kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... sebab-pemandu-pecut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.229582 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list