CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 631|Reply: 0

[Kelantan] Lebih 7,000 pesawah KADA akan nikmati SSHP

[Copy link]
Post time 20-8-2023 01:44 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU: Lebih 7,000 pesawah di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan menikmati Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Mohammad Husain, berkata kesemua pesawah di bawah KADA akan menerima bayaran berkenaan dengan jumlah peruntukan lebih RM3.5 juta.

Katanya, SSHP meringankan beban pesawah berikutan mereka akan menikmati kenaikan dari RM360 kepada RM500 bagi setiap tan.

"Purata keluaran padi yang diperolehi oleh pesawah di bawah KADA adalah sebanyak 4.5 tan bagi perhektar pada tahun lalu.



"Justeru, kesemua petani ini akan menikmati SSHP lebih RM3.5 juta. Bayaran ini akan masuk terus ke akaun bank pesawah yang berdaftar di bawah KADA secara berperingkat. Dengan adanya bantuan ini ia membolehkan pesawah menarik nafas lega," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pra Sambutan Kemerdekaan Peringkat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di ibu pejabat KADA di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar SSHP daripada RM360 kepada RM500 bagi setiap tan berkuat kuasa 9 Ogos lalu.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Bahagian Pembangunan Industri Padi (BPIP) berkata, pemantauan dan penguatkuasaan dibuat terhadap pemeriksaan alat timbangan di kilang dan pusat belian padi mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 melalui kolaborasi strategik KPB bersama Bahagian

Penguat kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Katanya, pembayaran SSHP dibuat selepas mengambil kira berat bersih padi selepas pemutuan sebenar padi dilakukan.

Dalam perkembangan sama, Mohammad berkata, pesawah KADA menggunakan enam jenis benih padi yang mampu memberi hasil tanaman baik kepada petani.

Beliau berkata, antara varieti benih itu termasuk MR297, MR220 CL2 dan MR303 yang digunakan sejak beberapa tahun lalu dan menghasilkan tanaman yang baik kerana dapat bertahan daripada penyakit dan serangga perosak.


Mohammad (tengah) bersama kakitangan KADA pada Majlis Pra Sambutan Kemerdekaan Peringkat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu di Ibu Pejabat KADA hari ini. - Foto NSTP/Hidayatidayu Razali

https://www.bharian.com.my/berit ... a-akan-nikmati-sshp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.364057 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list