CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1131|Reply: 0

[Johor] KPM perincikan jenis sukan untuk silibus Sekolah Sukan Pendidikan Khas

[Copy link]
Post time 21-8-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek melawat reruai pameran pada perasmian Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehanpasaran (KOIKJ) Madani Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Negeri Johor Tahun 2023 di Aeon Mall Bandar Dato Onn hari ini. FOTO BERNAMA


Johor Bahru: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memperincikan jenis sukan yang sesuai dengan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) bagi silibus Sekolah Sukan Pendidikan Khas (SSPK) yang dijangka beroperasi menjelang 2025.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata hanya sukan tertentu sahaja yang sesuai dan boleh diterapkan dalam silibus sekolah berkenaan.

Beliau berkata sekolah yang sedang dibangunkan di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan itu, adalah bagi mencungkil potensi dan bakat golongan pelajar terbabit dalam sukan.

"Kita sudah ada sekolah-sekolah khas murid berkeperluan khas ini termasuk sebagai contoh di (Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas) Bumbong Lima dekat Pulau Pinang yang memberikan tumpuan terhadap kemahiran anak-anak ini.

"Insya-Allah pada tahun 2025 kita akan mengoperasikan sebuah sekolah sukan untuk mereka yang akan membangunkan potensi sukan, supaya mereka juga mendapat tumpuan dalam soal pembangunan sukan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Fadhlina berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Karnival Outreach Inklusif dan Kebolehpasaran MADANI Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Negeri Johor 2023 di Aeon Dato Onn, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua inisiatif yang dilaksanakan KPM untuk murid berkeperluan khas ini adalah bagi meningkatkan kemahiran golongan tersebut selain daripada pendidikan.

"KPM bersama pelbagai agensi sedang meneroka bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk murid berkeperluan khas ini, dan berharap lebih ramai pemain industri bersama-sama untuk memastikan bagaimana potensi murid dapat digarap dalam konteks TVET," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 2.642408 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list