"Sedapnya aiskrim, bola bola bola bola bola bola, sedapnya aiskrim!" Antara dialog yang dituturkan oleh seorang TikToker lelaki dari Malaysia secara berulang kali sambil melakukan aksi menjilat aiskrim serta mengangkat kaki ke wajahnya.
Dia juga membuat pelbagai gerakan badan yang pelik sebagai reaksi selepas diberikan 'gift' oleh penonton ketika siaran langsung (live) di TikTok.
Foto: mStar
Perbuatan meniru karakter anime atau robot yang disebut sebagai non-player character (NPC) itu menjadi ikutan di seluruh dunia kerana mampu membawa pendapatan lumayan buat TikToker yang melakukannya secara 'live'.
Menurut pengguna Twitter, TikToker berkenaan mampu meraih wang sehingga puluhan ribu ringgit selepas menerima pelbagai gift ketika melakukan aksi NPC ketika TikTok live.
Foto: mStar
"Yang complain ni gaji berapa? Income dia ni sebulan paling busuk pun RM10,000 lebih.
"Aku tak boleh blah la. Bola bola bola bola bola. Sedapnya ice cream.
"Yang send gift tu niat nak torture tapi dalam masa sama mengkayakan owner," ciap @ayspaces.
Selain TikToker lelaki itu, ramai lagi content creator Malaysia mula melakukan aksi NPC sehingga siaran live mereka menjadi perhatian netizen.
Di ruangan komen, ramai netizen menyelar aksi mereka yang dianggap pelik, namun ada yang turut memberikan pujian atas kreativiti dalam menjana pendapatan.
"Sebab TikTok bagi orang duit banyak, mungkin itu faktor wujud content, live yang bukan-bukan. Orang normal berlakon gila, begitulah kehidupan sekarang buat apa saja nak cari duit. Sehingga anak muda tak nak sambung belajar.
"Tak apalah gaji sikit, daripada kena jual maruah mengemis duit kena jadi orang bodoh macam ni.
"Kalau aku jenis tak malu macam ni. Aku pun boleh cepat kaya.
"Mungkin saya patut mula buat live NPC," tulis beberapa netizen. -CARI
baru lalu tadi betina kepam mana tah acah2 kiut buat macam ni kekonon game character comel... padahal dah macam patong seks jepun dah...dengan pakai tudung aneh-aneh kekonon rambut tu..mekap macam bapok lorong... apooooo dikk..
sgt tak real dah la bodo2 aksi terima bunga la bola la..
aku x rasa couple kokesyen yg real NPC tu ada mintak sedekah...
kan?? yg bodo2 ni aje sibuk mengemis pastu si tudung NPC rosak tu kata asal bukan porno.. alahaii.... muka mmg tebal yach