CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1570|Reply: 0

[Johor] Inara jadi ‘biru’ jika demam, selesema

[Copy link]
Post time 21-8-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

HANNAH ABD. SALAM dan Safwah Inara menerima kunjungan Youzaimi Yusof (kanan) di rumah sewa mereka di Kampung Sri Pantai, Mersing.




MERSING: Seorang kanak-kanak perempuan di Taman Sri Pantai di sini tidak boleh demam atau selesema kerana badannya akan bertukar ‘biru’ ekoran masalah jantung yang dialami sejak lahir.

Safwah Inara Muhamad Razali, 5, menderita jantung berlubang dan injap jantung sempit sejak lahir menyebabkan dia tidak boleh terlalu aktif seperti kanak-kanak lain sebayanya.

Ibunya, Hannah Abd. Salam, 29, berkata, anak keduanya itu juga mempunyai sembilan masalah kesihatan lain, antaranya jantung bawah kiri mengecut, kuku kebiruan membengkak serta darah pekat dan hingga kini Inara masih mendapatkan rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

“Inara sepatutnya perlu menjalani pembedahan dengan kos RM60,000 yang ditanggung IJN. Sejak lahir doktor mencadangkan untuk pembedahan, namun berat badannya tidak mencukupi dan perlu tunggu sehingga cukup.

“Walau bagaimanapun, apabila beratnya sudah mencukupi doktor memaklumkan keadaan kesihatannya membuatkan dia tidak boleh jalani pembedahan kerana oksigennya akan menurun dan menyebabkan risiko kepadanya.

“Jadi, Inara tidak jalani pembedahan namun perlu dirawat di IJN secara bulanan. Suami Muhamad Razali Aris, 41, hanya kerja di SWM (Southern Waste Management) Memang agak berat untuk kami kerana kos keseluruhan untuk kami ke IJN termasuk minyak, makan dan semuanya mencecah RM1,000 untuk setiap kali rawatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nasib yang dialami Inara mendapat perhatian dan kunjungan Ketua UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusof yang turut menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai di rumah sewa keluarga berkenaan.

Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan untuk meringankan beban keluarga tersebut boleh menyalurkannya ke akaun Maybank Hannah nombor 151098498677. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ika-demam-selesema/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 1.092819 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list