CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30184|Reply: 169

11 Tahun Kahwin Baru Tahu Suami Suka Langgan Pelacur, "2 Jam RM600, Patutlah Minta Duit Nafkah Marah-Marah Kata Tak Ada Duit "

[Copy link]
Post time 23-8-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita kecewa suaminya tergamak berzina dengan orang lain meskipun usia perkahwinan sudah mencecah 11 tahun.


Dakwa wanita yang menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) itu, suaminya pernah curang dengan rakan sekerja, namun terbaharu dia terkejut apabila mendapat tahu lelaki tersebut turut melanggan pelacur.


Gambar Hiasan




"Suami yang dikahwini 11 tahun rupanya ada habit yang buruk. Saya dah tawar hati. Tapi malam tadi, anak suruh buka telefon ayah dia yang satu lagi untuk tengok YouTube.


"Selepas dia kantoi curang dengan kawan tempat kerja, (dulu) saya tanya dia siapa perempuan tu? Terus dia tengking saya depan anak. Semenjak tu la saya tak berani dah buka telefon dia.


"Tapi malam tadi anak suruh carikan cerita untuk dia tengok YouTube. Tapi anak saya buka WhatsApp. Masa tu la tertengok," ujarnya di TikTok.


Menurut wanita itu, dia sempat 'menyiasat' aplikasi-aplikasi dalam peranti itu sebelum menemui mesej perbualan antara suaminya dengan beberapa pelacur yang pernah dilanggan.


"Gambar perempuan seksi-seksi. Sekali tengok, Ya Allah. Semuanya pelacur. Banyak kali dia pernah buat. Ya Allah, isteri mana yang tak sedih.


"atutlah dia tak bagi saya ikut dia pindah Kuala Lumpur. Padahal saya ni suri rumah saja. Boleh saja ikut suami ke Kuala Lumpur. Rupanya dia suka melanggan," ceritanya lagi.


Foto: Tiktok




Penemuan mesej-mesej itu turut merungkai punca suaminya jarang memberi nafkah memandangkan banyak wang telah dibelanjakan untuk kegiatan tidak bermoral.


"11 tahun baru saya tahu. Saya dengan anak-anak duduk jauh. Dia boleh bersenang lenang dengan orang lain. Patutlah selama ini tak ada duit nak bagi nafkah.


"Kerja bagus tapi kedekut. Setiap kali minta nafkah selalu kena marah. Mak mentua pula selalu tuduh saya habiskan duit anak dia. Dia tak tahu anak dia kedekut sangat," kata wanita itu lagi.


Berdasarkan tangkap layar WhatsApp, wanita yang dilanggan suaminya meletakkan harga RM600 untuk khidmat seks selama dua jam yang mana pelanggan perlu membayar deposit RM100 terlebih dahulu.


Seorang lagi wanita turut menawarkan khidmat sama dengan kadar RM260 untuk 45 minit. -CARI


Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2023 12:47 PM | Show all posts
Cerai je la kak..HIV Aids dan siflis menanti pasti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 12:48 PM | Show all posts
teringat kwn iols citer, husband tu meninggal then bila check2, wife nya dpt tahu arwah suka melanggan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp eh lafaz cerai taklik ms akad nikah x di masukkan sekali lafaz "seandainya suami atau isteri di dapati melakukan zina dalam tempoh perkahwinan maka jatuhla talak ke atas isteri'. Byk sgt kes cmni. Laki berzina bini turun naik mahkamah xdpt2 cerai. Tu kalau yg berduit. Yg xberduit cam gini la makan ati mtk tolong kt sosial media. Sian nasib isteri2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 01:20 PM | Show all posts
kenapa eh byk perempuan rela tak dinafkahi?? sebelum kahwin tak discuss ke financial management, hala tuju hidup, life goal dan lain2. deperate bebenor ke sampai takda t&c sebelum nak ke next phase
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada bukti msg2 tu, bolehlah ke mahkamah syariah buat report...pergilah buat chek up sebelum terlambat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 23-8-2023 12:51 PM
Knp eh lafaz cerai taklik ms akad nikah x di masukkan sekali lafaz "seandainya suami atau isteri di  ...

Lg kesian kalau taklik tu mcm tu. Imagine laki dia berzina sblm dpt ank 1st, tp laki buat diam, then ank2 yg lahir lepas tu smua luar nikah. Rosak hbis keturunan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:15 PM | Show all posts
Poligami banyak supress benda2 mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2023 03:15 PM | Show all posts
gelinya ngeseks dgn zantan yang dok mengauli berbagai2 kerang.. yg perempuan ni pon dok sebar aib laki tapi tak sedar ke tu laki ko lagi

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:17 PM | Show all posts
para isteri skrg mengambil mudah hal berjimak...sebab tu wanita2 skrg berani menyondol sebab isteri di rumah tidak memberi service yg mencukupi...

kalau taknak di sondol, sila rogol suami2 anda!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:18 PM | Show all posts
black_handbag replied at 23-8-2023 03:15 PM
gelinya ngeseks dgn zantan yang dok mengauli berbagai2 kerang.. yg perempuan ni pon dok sebar aib la ...

kerang halal mungkin dah tak bermaya...kerang haram menanti setia
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Calling2 bangkem utk komen.. @kemaruk
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stingerpressor at 23-8-2023 03:22 PM
black_handbag replied at 23-8-2023 03:15 PM
gelinya ngeseks dgn zantan yang dok mengauli berbagai2 kerang.. yg perempuan ni pon dok sebar aib la ...


Geli kalo ko tahu.....kalo ko tak tahu?

Sebab iteww dlm konteks agama iteww sendiri nak berpoligami teda ada kewajipan utk mendapat izin isteri...kheunz?

Cuma aturan dunia je konon nak elak ketidak adilan.....dan kezaliman....

Bila agama iteww meletakkheun guideline teda tuntutan akan izin isteri iteww, tidak mengambil perkiraan ketidakadilan yg mungkin berlaku sepertimana yg skg diletakkheun oleh hukum dunia keww?



Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:21 PM | Show all posts
_blackbird replied at 23-8-2023 01:20 PM
kenapa eh byk perempuan rela tak dinafkahi?? sebelum kahwin tak discuss ke financial management, hal ...

meols pun tertanya-tanya jugak.. sebab dalam keluarga meols pun ada yang tak beri nafkah kat isteri. alasan isteri dia kerja
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-8-2023 03:19 PM
Calling2 bangkem utk komen.. @kemaruk


Pak ayam ko keww tonot?

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tak faham surirumah yg terpaksa pjj dgn husband walhal lakinya keje kat darat bkn dlm hutan pun
patutnya ms awal2 nikoh tu dok berkepit terus dah ada anak lagi la ayah biasanya taknak berenggang tambah2 ada baby girl. ni smpai 11thn dekk pjj pakej kedekut plak tu nanhado sgguh laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelacur ni ade certificate..hahaha... Depa ni extreme.. Kepakaran depa...body semue tu.... Bini2x ade anak xkoser la kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 23-8-2023 03:18 PM
kerang halal mungkin dah tak bermaya...kerang haram menanti setia

Tinot7 boleh jawab yg ini...

Menyanggah ayat kerang halal tak bermaya....ko

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerpressor replied at 23-8-2023 03:22 PM
Pak ayam ko keww tonot?

Kahkahkahkah

Manak, hang rm500 pun kena pinjam drp selingkuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerpressor replied at 23-8-2023 03:24 PM
Tinot7 boleh jawab yg ini...

Menyanggah ayat kerang halal tak bermaya....ko

Jgn nak kait nama baik iols dgn menda2 mcm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.325683 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list