CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 0

[Kelantan] Tidur tak lena sebab gajah betina

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

Raina menunjukkan rumah penduduk yang dirosakkan gajah liar pada Khamis lalu di Kampung Aring 5, Pos Lebir, di sini. FOTO Paya Linda Yahya

Gua Musang: Kira-kira 300 penduduk Orang Asli Kampung Aring 5, Pos Lebir bimbang dengan kemunculan seekor gajah betina dewasa bersama seekor anaknya di perkampungan itu, sejak seminggu lalu.

Penduduk mendakwa gajah liar terbabit turut merosakkan empat rumah buluh penduduk kampung pada waktu malam.

Menceritakan detik mendebarkan kejadian Khamis lalu itu, Penghulu Kampung Aring 5, Pos Lebir, Raina Anjang, berkata, seorang penduduk menyedari kehadiran gajah liar terbabit apabila terdengar bunyi bising berhampiran rumahnya, pada 8 malam.

Penduduk terbabit yang terkejut dengan kemunculan gajah liar di tepi rumahnya itu bertindak membawa lima anak bersama isteri ke rumah batu milik saudaranya yang tinggal berhampiran, untuk menyelamatkan diri.

"Kejadian gajah merosakkan rumah buluh penduduk adalah kali kedua gajah terbabit masuk ke perkampungan... kali pertama, pada Rabu minggu lalu.

"Kami menghalau gajah terbabit. Semasa dia merosakkan rumah buluh, kami nampak gajah itu mengambil makanan iaitu nasi dan garam.

"Kali ketiga gajah terbabit masuk, haiwan itu membawa bersama seekor anak dan kami percaya dia beranak di dalam kebun kami," katanya ketika ditemui di Kampung Aring 5, Pos Lebir, di sini.

Raina berkata, penduduk kampung kini ketakutan untuk keluar mencari durian pada waktu malam kerana bimbangkan keselamatan mereka.

"Malah kami terpaksa berjaga malam untuk menghalau gajah terbabit daripada mengganggu rumah penduduk," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya akan pemantauan serta kawalan di dalam kampung terbabit.

Pihaknya juga sudah menembak halau gajah terbabit dan menasihatkan penduduk tidak membuat provokasi terhadap haiwan liar itu.

"Selain itu, kami juga menyarankan penduduk membuat unggun api dan membakar tayar di tepi rumah serta memasang diod pemancar cahaya (LED) biru untuk menghalau gajah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sebab-gajah-betina

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.219113 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list