|
AHMAD Zamry (kanan) menunjukkan suspek, motosikal dan pakaiannya dalam kejadian ragut di Labis, kelmarin. FOTO Ahmad Ismail
Segamat: Seorang lelaki ditahan kurang lapan jam selepas meragut beg tangan seorang jururawat yang juga jirannya di Taman Sri Emas di sini, kelmarin.
Dalam kejadian 8 pagi itu, wanita berusia 29 tahun itu sedang berjalan berhampiran rumahnya sebelum didatangi suspek berusia 30-an yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah belakang dan meragut beg tangan mangsa.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek melarikan beg tangan mangsa mengandungi wang tunai RM30 dan set kunci kawalan jauh pintu sebuah klinik tempat mangsa bekerja.
Katanya, susulan laporan dibuat mangsa, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 2.30 petang hari sama.
"Siasatan mendapati jarak rumah mangsa dengan kediaman suspek hanya beberapa meter sahaja.
"Suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
"Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan dua rekod jenayah," katanya di pejabatnya di sini, hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ut-beg-tangan-jiran |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|