CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1858|Reply: 0

[Perak] Keluarga mangsa bot terbalik cadang ambil tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 30-8-2023 11:10 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Hafiz memangku dan mencium anak keduanya, Ainul Mardiah ketika ditemui di Masjid At Taqwa,Bagan Tiang. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

Parit Buntar: Keluarga mangsa bot rekreasi terbalik di Pantai Teluk Batik, Manjung, semalam bercadang mengambil tindakan undang-undang selepas kejadian berkenaan meragut nyawa seorang ahli keluarga mereka.

Mohammad Hafiz Johari, 31, berkata dia dan ahli keluarga akan menyelesaikan beberapa perkara penting termasuk akan berjumpa dengan pihak berkaitan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara terbabit.

Menurutnya, pihaknya kesal kerana ketika kejadian tidak ada pihak berkaitan atau pengawal keselamatan di pantai itu sehingga mengorbankan nyawa isterinya Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34.

"Buat masa ini kami kena selesaikan perkara yang perlu dahulu dan akan berbincang dengan ahli keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Dari aspek keselamatan di lokasi, kami dapati banyak kekurangan termasuk tiada jaket keselamatan, tiada pemantauan dari pihak berkaitan dan sebagainya.

"Bukan nak tuduh atau salahkan sesiapa, tapi soal keselamatan itu perlu terutama di kawasan pantai," katanya ditemui di rumah keluarga di Bagan Tiang, di sini, hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu kedua-dua anaknya trauma terutama anak bongsu Ainul Mardiah, 3, berulang kali memberitahu tidak mahu menaiki bot pada masa akan datang.

"Pada pandangan saya, pihak berkaitan perlu memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) di pantai termasuk kepada pengusaha bot dan penjaga pantai bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dakan-undang-undang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072793 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list