View: 1592|Reply: 0
|
[Johor]
Bekalan beras putih dijangka pulih dalam sebulan
[Copy link]
|
|
MOHAMAD meninjau stok beras putih tempatan (BPT) di Giant Tampoi dan memaklumkan bekalan beras itu pulih dalam tempoh sebulan. FOTO Farid Noh.
Johor Bahru: Bekalan beras putih tempatan (BPT) di seluruh negara dijangka pulih dalam tempoh sebulan, susulan langkah intervensi segera yang dilaksana kerajaan.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, langkah menerusi Program Khas BPT itu akan meningkatkan lebih 20 peratus kuota pengeluaran beras di pasaran seluruh negara.
"Menerusinya, kita jangkakan bekalan BPT negara dapat dipulihkan dalam tempoh sebulan ini.
"Bagaimanapun, saya ingin menasihati pengguna supaya tidak risau atau panik sehingga membeli BPT secara berlebihan.
"Peningkatan mendadak permintaan beras tempatan kebelakangan ini menyebabkan berlakunya kekurangan stok berkenaan di beberapa lokasi tertentu, namun langkah intervensi kementerian sedang dilaksanakan dengan segera ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau stok keterjaminan makanan membabitkan BPT di sebuah pasar raya di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
Pada 2 September lalu, kementerian meminta pengilang padi dan pemborong beras negara diminta untuk meningkatkan bekalan BPT sebanyak 20 peratus, dengan perkara itu dipersetujui pengilang padi dan pemborong dalam satu sesi libat urus pada 27 Ogos lalu di Alor Setar, Kedah.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, beliau akan mengadakan satu lagi sesi libat urus dengan pengilang dan pemegang taruh industri beras negara pada Khamis.
Katanya, sidang media akan diadakan selepas sesi itu bagi menerangkan kaedah dan mekanisme penyelesaian jangka pendek dan panjang berhubung isu BPT.
"Selain itu, projek tanaman beras SMART SBB Mini Sekinchan Mada-Bernas akan kita pertingkatkan lagi bagi meningkatkan bekalan BPT negara.
"Jika dilihat hasil Smart SBB Mini Sekinchan ini hasil pengeluaran BPT sudah meningkat kepada lebih tiga tan kepada 14 tahun berbanding hanya 11 tan semusim.
"Tahun hadapan kementerian akan meningkatkan peruntukan bagi padi beras bagi memastikan infrastruktur pengairan sawah mencukupi bagi meningkatkan produktiviti penghasilan BPT, selain menambah satu lagi musim penghasilan beras kepada lima musim dalam tempoh dua tahun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pulih-dalam-sebulan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|