CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1877|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 'Fatwa ahli politik' boleh kelirukan masyarakat - mufti

[Copy link]
Post time 5-9-2023 02:49 PM | Show all posts |Read mode

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (kanan) dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

PUTRAJAYA: Kenyataan atau ungkapan dikeluarkan pemimpin politik yang menyentuh isu agama sehingga menjurus kepada 'fatwa haram' boleh mengelirukan orang ramai, selain berisiko menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Tanpa menamakan mana-mana ahli politik, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkata mana-mana orang Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum 'haram' ke atas mana-mana individu Islam lain.

"Bukan sahaja menjatuhkan hukum haram, untuk menuduh mana-mana orang Islam itu kafir pun tidak boleh sebaliknya perlu dikemukakan bukti jika mahu menuduh individu itu kafir.

"Bukan tugas orang politik nak mengeluarkan fatwa kerana mufti yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa, itu pun selepas bermesyuarat dalam Jawatankuasa Fatwa sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan," katanya kepada BH, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin, menyebut 'haram' mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat yang bertanding di kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sabtu ini.

Malah, rakaman video sebahagian ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu tular dan diulang siar dalam media sosial, sehingga mengundang kecaman serta kritikan dalam kalangan netizen, selain digunakan parti lawannya untuk membuat serangan balas.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menegur sikap segelintir pemimpin politik yang sewenang-wenangnya mengeluarkan 'fatwa'.

Tegasnya, tindakan pemimpin politik terbabit hanya akan memberi kesan tidak baik kepada masyarakat.

"Sudah-sudahlah, tak perlu keluarkan fatwa kerana ini adalah tugas mufti. Jika buat fatwa sewenang-wenangnya, bimbang akan mengelirukan masyarakat.

"Jadi, dalam hal fatwa, serahkan kepada mufti-mufti negeri atau pun pihak yang ada kuasa dalam bidang berkenaan, bukan ahli politik," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-masyarakat-mufti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.160836 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list