View: 3860|Reply: 1
|
[Negeri Sembilan]
Kuala Pilah akan ada beras jenama sendiri
[Copy link]
|
|
Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap meninjau kawasan penanaman padi di Seri Menanti. FOTO Ahmad Hasbi
Kuala Pilah: Satu inisiatif sedang dirancang bagi menghasilkan beras tempatan menggunakan jenama Seri Menanti bersempena kegiatan penanaman padi di daerah ini.
Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, melihat kepada krisis kekurangan bekalan beras ketika ini, tidak mustahil ia akan berulang pada masa akan datang.
"Melalui hasil pengeluaran padi yang menggalakkan, ia memberi cetusan idea kepada pentadbiran daerah Kuala Pilah untuk mewujudkan beras jenama Seri Menanti pada masa akan datang.
"Ia masih di peringkat perancangan awal yang mana perkara ini akan dibincangkan dan diperhalusi kaedah pelaksanaannya bersama agensi peneraju terbabit.
"Ia bakal diterajui Jabatan Pertanian Daerah Kuala Pilah serta lain-lain agensi berkaitan melalui Jawatankuasa Pelancongan Daerah Kuala Pilah," katanya tadi.
Mohd Faizal berkata, dia yakin perancangan itu bakal terlaksana dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk rancangan jangka panjang kerajaan negeri.
"Kuala Pilah terletak di bawah Wilayah Pembangunan Agropolis menerusi Rancangan Struktur Negeri Sembilan (RSNS) 2045 dan di dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Pilah 2035 dengan salah satu strategi pembangunannya adalah mengekal dan meningkatkan skim padi di daerah Kuala Pilah.
"Menjadi tanggungjawab pentadbiran daerah supaya dapat memastikan kadar guna tanah pertanian dapat dimaksimumkan berlandaskan perancangan yang terdapat dalam kedua-dua rancangan berkenaan.
"Malah, jumlah pengeluaran padi semasa bagi daerah Kuala Pilah secara keseluruhannya adalah sebanyak 836.494 tan yang ditanam dengan keluasan sawah yang diusahakan seluas 220 hektar, yang mana ia dituai dua kali setahun," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eras-jenama-sendiri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
napa tak taruk jenama ngabihkan bogheh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|