View: 1088|Reply: 0
|
[Johor]
Lily lebih banyak diam, suka menyendiri
[Copy link]
|
|
LILY dijumpai di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, kelmarin.
Kuala Lumpur: Remaja perempuan dikenali Lily, 15, yang dijumpai di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, pada Khamis lalu, selepas dilaporkan hilang sejak 25 Ogos lepas, kini lebih banyak berdiam dan menyendiri dalam bilik.
Kakaknya, Diyana, 22, berkata, Lily yang juga anak kelima itu masih dalam keadaan lemah, selain tidak mengingati apa yang berlaku ke atas dirinya.
"Pada malam Lily ditemukan, dia terus dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom atau hospital Kluang bagi pemeriksaan lanjut. Selepas semuanya selesai, Lily dibawa pulang ke rumah dan berehat.
"Alhamdulillah, mak dan ayah bersyukur sangat sebab Lily dah pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Kami sekeluarga pun tidak ada tanya banyak soalan sebab tak nak dia tertekan. Mungkin dia sendiri akan bercerita apabila tiba masanya nanti. Sekarang pun dia banyak menyendiri dalam bilik," katanya.
Menurutnya, pihak hospital mencadangkan Lily dirujuk ke pakar kaunseling bagi mengembalikan semula semangatnya.
"Masa malam dia dijumpai itu, kami ada juga bertanya apa yang berlaku dan ke mana pergi, tapi dia tak ingat sama sekali," katanya.
Sementara itu, bapanya, Suhaidi meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Harian Metro kerana banyak membantu mereka dalam usaha mencari Lily.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan Lily hilang sejak 25 Ogos lalu sebelum dijumpai oleh orang awam di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, kelmarin.
Lily didakwa meninggalkan rumah mereka di Kampung Ilham di Kahang Timur, Kluang, sebelum keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iam-suka-menyendiri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|