CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1305|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Moga usaha kecil ini jadi saham akhirat saya'

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:06 PM | Show all posts |Read mode

(Kiri) Rusydi Sayuti bersama Afiqah. (Kanan) Tangkap layar video TikTok miliknya. FOTO Ihsan Rusydi Sayuti Rosli

Seremban: "Sebagai pencipta kandungan (content creator) saya terfikir apa sumbangan diri ini pada bangsa dan agama, sebab itu saya mulakan #reviewsurau," kata Rusydi Sayuti Rosli, 36.

Rusydi Sayuti menggunakan akaun TikTok miliknya untuk memuat naik kandungan aktivitinya yang meninjau keadaan kemudahan surau di tempat awam dan pusat beli belah sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Menurutnya yang sering ditemani isterinya Afiqah Ahmad, 29, sudah pergi ke 10 surau sejak dua bulan lalu dan netizen dilihat turut memberi maklum balas yang luar biasa malah ada video yang dilihat oleh 2.7 juta penonton.

"Jika satu hari nanti saya tiada apa yang diri ini tinggalkan?, insya-Allah dengan serba sedikit ada saham akhirat dekat sini.

"Saya rasa sesuatu perasaan yang lain jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit yang diperoleh. Tidak ada rasa yang mampu ditandingi apabila melihat surau yang ditinjau dibaik pulih untuk kegunaan umat Islam." katanya.

Katanya, tiada sebarang keuntungan yang diperoleh malah tidak dibayar oleh mana-mana pihak semuanya dilakukan dengan niat mahu tempat umat Islam beribadah dalam keadaan selesa.

"Ada beberapa surau di pusat beli belah atau awam yang kurang selesa serta tidak diselenggara dengan baik sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada para pengunjung yang ingin beribadah.

"Biasanya saya akan periksa kawasan tempat ambil wuduk, sejadah, permaidani, telekung, sijil arah kiblat dan kerosakan jika ada.

"Semua aktiviti itu saya muat naik ke TikTok. Saya mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen malah meminta saya untuk meneruskan tinjauan di kawasan surau awam yang lain," katanya.

Rusydi berkata, dia berharap usaha kecilnya itu mendapat manfaat kepada masyarakat sekeliling.

"Ada pihak pengurusan memberi maklum balas yang baik malah menghubunginya saya untuk cadangan penambahbaikan.

"Namun tidak dinafikan, ada juga yang tidak menyenangi kehadiran saya ke pusat beli belah, namun tinjauan yang saya buat ini ikhlas untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

"Selepas buat video, saya juga akan melihat sama ada tindakan lanjut telah diambil ataupun tidak dan akan terus menghubungi pihak bertanggungjawab dalam menguruskan perkara tersebut," katanya.

Sebagai contoh katanya, ada surau di sebuah pusat beli belah yang mempunyai arah kiblat yang salah dan dia merujuk perkara itu kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang datang membuat pemeriksaan serta memasang penunjuk arah kiblat yang baharu.

Video itu mendapat 536,000 tontonan dan netizen turut mengucapkan terima kasih atas tindakannya itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -saham-akhirat-saya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.595339 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list