CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 883|Reply: 0

[Johor] Dua wartawan wanita dakwa dikasari pengiring menteri, belum buat laporan polis - Ayob

[Copy link]
Post time 9-9-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, ketika ditemui wakil media selepas meninjau proses mengundi di SJKC Pei Chai, Simpang Jeram Muar. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

MUAR: Tiada laporan polis diterima setakat ini, berhubung kes dua wartawan wanita yang mendakwa menjadi mangsa kekasaran pegawai pengiring seorang menteri ketika liputan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Taman Anggerik dan Taman Dahlia, Johor Bahru, pada Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata setakat ini tiada laporan dibuat mana-mana pihak dan polis memberi ruang kepada mereka yang terbabit membuat laporan berhubung kejadian itu.

"Mungkin berlaku kejadian tolak-menolak dan itu juga mungkin dakwaan daripada pihak media. Bagaimanapun, kita tunggu penjelasan daripada satu lagi pihak.

"Kita tunggu kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh kementerian yang terbabit," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Chai, Bakri di sini hari ini.


Terdahulu, Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak, dalam kenyataannya, berkata ketika sidang media menteri terbabit, beberapa pegawai pengiring telah menghalang pengamal media.

Katanya, pengiring terbabit didakwa menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang merakam sidang media terbabit.

"Pegawai pengiring juga mencubit belakang pinggang seorang lagi wartawan wanita beberapa kali bertujuan untuk menghalangnya melaksanakan tugas semasa sidang media," katanya.

Sementara itu, Ayob ketika mengulas mengenai perkembangan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berkata proses mengundi berjalan lancar.

"Selepas saya melawat beberapa pusat mengundi di Pulai dan Simpang Jeram, proses pengundian setakat ini berjalan lancar.

"Saya berharap orang ramai dapat keluar mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka dalam proses demokrasi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -menteri-belum-buat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.049961 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list