CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3766|Reply: 0

[Perak] KPKT mohon RM300 juta bina tandas konsep 'BMW'

[Copy link]
Post time 10-9-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memohon RM300 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus bagi pembinaan tandas awam berkonsepkan bersih, menawan dan wangi (BMW) di 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata ia antara 29 inisiatif kewangan baharu yang dirangka dalam membawa agenda reformasi kemudahan awam negara.

Menurutnya, permohonan peruntukan itu dibuat dua hari lalu menerusi sesi dialog bersama Ketua Perbendaharaan Negara (KSP- Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican).

"Antaranya, memohon (peruntukan) RM300 juta untuk membina tandas awam BMW membabitkan semua PBT seluruh negara.

"Juga RM100 juta untuk menukar lampu mentol kepada jenis LED atau enaga solar," katanya dalam sidang media sempena lawatan ke Rumah Pangsa Seri Kepayang, di sini, petang tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) Mohamed Akmal Dahalan.



Nga Kor Ming bersama Mohamed Akmal Dahlan ketikamelawat Rumah Pangsa Seri Kepayang di Ipoh. FOTO L. MANIMARAN

Nga turut mengumumkan peruntukan tambahan RM2.75 juta kepada LPHP bagi projek penyenggaraan perumahan (PPP) tambahan.

Ia menjadikan sebanyak RM8.53 juta disalurkan kepada LPHP bagi tahun ini termasuk bagi kerja penambahbaikan serta penyelenggaraan dan penggantian keseluruhan lif di Rumah Pangsa Seri Kepayang yang bernilai RM3 juta.

Sementara itu, Nga berkata, KPKT menyasarkan 10,000 unit MyKiosk panel solar bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan terutama golongan B40, dapat disiapkan menjelang akhir 2025.

"Bagi tahun depan, KPKT berharap dapat membina dua kali ganda jumlah berbanding 3,073 unit pertama MyKiosk yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Katanya, sewa rendah tidak melebihi RM300 sebulan bagi unit MyKiosk yang disewa penjaja bagi memastikan kiosk berkenaan dapat diselenggara secara berkala.

MyKiosk dilengkapi panel solar, lampu dan kipas yang dianggar bernilai RM15,000 hingga RM20,000 seunit itu bertujuan memutihkan peniaga yang berniaga tanpa lesen, selain menjadikan kawasan perniagaan lebih teratur dan tersusun.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-tandas-konsep-bmw
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.315660 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list