View: 4366|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Negeri Sembilan rancang bina kilang beras
[Copy link]
|
|
Jalaluddin Alias ketika sidang media pada Program Jelajah FitMalaysia2023 Peringkat Negeri Sembilan bertempat di d' Tempat Country Club , Bandar Sri Sendayan. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Kerajaan negeri merancang untuk membina kilang memproses beras sebagai langkah jangka masa panjang dalam memastikan keselamatan makanan untuk keperluan penduduk negeri itu tidak terjejas pada masa hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, walaupun masalah kekurangan beras tidak ketara tetapi kepentingan masa hadapan perlu diutamakan.
Menurutnya, untuk itu usaha memperluaskan lagi projek penanaman padi akan dilaksanakan di beberapa daerah seperti di Kuala Pilah, Jelebu, Jempol dan Gemas.
"Negeri Sembilan perlu bina kilang pengeluaran beras sendiri bagi persiapan jangka panjang dari segi kepentingan keselamatan makanan terutama beras.
"Perbincangan sedang dilakukan dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian Negeri Sembilan, Lembaga Pertubuhan Peladang dan agensi di bawah mereka termasuk usaha untuk memulihkan tanah sawah terbiar bagi tanaman padi.
"Matlamat kita untuk tempoh dua hingga ke lima tahun akan datang, Negeri Sembilan mempunyai stok makanan terutama beras yang mencukupi bagi keperluan penduduk.
"Walaupun masalah kekurangan bekalan beras di Negeri Sembilan ketika ini tidak begitu ketara, namun kita perlu mengambil langkah proaktif sebagai persiapan jangka panjang," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Jelajah Fit Malaysia Peringkat Negeri Sembilan 2023 di Kelab d'Tempat Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.
Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pertang berkata, satu jawatankuasa yang dipengerusikannya akan ditubuhkan bagi melaksanakan program jaminan keselamatan makanan negeri.
Beliau berkata, program berkenaan tidak tertumpu kepada keperluan beras semata-mata tetapi juga merangkumi bahan makanan asas lain termasuk minyak, gula, tepung, daging dan ayam.
"Kita tidak mahu apabila masalah timbul kita hanya selesaikan pada waktu itu sahaja, sebaliknya bergerak dan bertindak untuk kepentingan masa hadapan," katanya.
Terbaharu, media melaporkan kekurangan bekalan beras putih tempatan di beberapa negeri ini terutama utara Semenanjung dilaporkan memberi kesan ketara kepada orang ramai terutama peniaga makanan.
Susulan itu, mereka terpaksa membeli beras import sebagai ganti walaupun harganya lebih tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-bina-kilang-beras |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|